Hati-Hati Menubuh Kerajaan Jangan Sampai Kes Nostalgia JPPS Mencampuri Pelaksanaan Pembangunan Negeri Sabah Berulang?

Dalam perebutan untuk mentadbir kerajaan baru di Sabah, kedua-dua kumpulan terdiri dari kumpulan Tan Sri Musa Aman dan juga Datuk Sri Shafie Afdal, kini masing-masing mengilhamkan beberapa strategi yang difikirkan berkesan serta menapati sasaran.

Antara lain dikatakan Presiden Star Datuk Dr Jeffery Kitingan telah mencadangkan agar semua ADUN/BN yang menang dibawah pimpinan Musa untuk menubuh satu gabungan parti tempatan yang baru.

Dengan itu UMNO/BN di Sabah berkemnungkinan besar akan diisytiharkan entiti haram.

Konon nya menurut Jeffery kedudukan kerajaan pembangkang baru negeri Sabah akan lebih baik kedudukan nya dari negeri Sarawak.

Ini kata nya. akan membebaskan pemimpin Sabah merancang program yang terbaik untuk masa depan negeri Sabah selaras dengan budaya, semangat dan aspirasi rakyat Sabah.

Dalam kegahiraan Jeffrey terhadap formula baru itu, beliau lupa bahawa selain daripada aspirasi, rakyat juga mahukan pembangunan yang pesat, peluang pekerjasan untuk belia, serta peruntukan yang banyak dari Kerajaan perseketuan yang kini di pimpin Oleh Tun Dr Mahathir dari komponen parti Pakatan Harapan.

Dalam hal-hal saperti ini, saya mengimbau kembali nostalgia ketika bertugas semasa PBS memerentah negeri Sabah selaku kerajaan pembangkang.

Banyak perkara yang menyusahkan berlaku khususnya kepada jentera kerajaan negeri.

Antara nya penubuhan Jabatan Pembangunan Perseketuan Sabah (JPPS) yang di mandatkan untuk merancang dan mengambil alih semua sektor yang dikendali peruntukan nya oleh kerajaan persekutuan.

Sehinggakan hampir-hampir semua agensi yang biasa nya mendapat peruntukan dari kerajaan perseketuan termasuk JKR, JPS, JAS dan banyak lagi terpaksa berputeh mata bilamana kerja-kerja mereka di ambil alih pengurusan nya oleh JPPS

Dalam hal ini,  sekira nya Shafie tidak menjawat jawatan Ketua Menteri, kerajaan perseketuan tidak teragak-agak melantik beliau sebagai Menteri tugas-tugas khas perseketuan menyelaras hal-ehwal Sabah..

Beliau ini akan dipertanggungjawabkan menyelaras peruntukan khas untuk Sabah yang disalurkan kepada negeri Sabah dengan jumlah yang berbilion-bilion ringit itu.

Ini termasuk peruntukan untuk kerja mega saperti Pan-Borneo , leburaya pertaraf perseketuan dan sebagai nya.

Disamping mendapat kerjasama sepenuh nya dari pehak Polis, Tentera, Bomba dan juga SPRM.

Dalampada itu, untuk mengelakkan dari dikritik rakyat Sabah terhadap skim pegawai yang di import dari KL, Shafie berkemungkinan akan mengguna khdimat rakyat Sabah yang sudah pension (saperti Datuk Ir Anjin Ajik, Datuk Zain Said, Ir Justin Lew,Datuk Malaya Simbuku, saya dan lain-lain yang berstatus professional ) untuk bertugas semula secara kontrak sehingga tiba masa nya kerajaan pembangkang negeri Sabah mengundur diri dan diambil alih oleh kerajaan baru negeri Sabah yang sealiran dan sepakat dengan pentadiran kerajaan perseketuan.

Bagaimanapun, kita berharap apa-apa pun tindakan pemimpin-pemimpin parti yang dimandatkan untuk mentadbir kerajaan ia nya tidak akan menyusahkan kebajikan dan keselesahan rakyat dalam jangka masa yang panjang dengan mengutamakan kepentangan pribadi berbanding permasalahan rakyat.

Sumber: Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?