Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?


Dipetik dari artikel keluaran Sabahkini2.Com sebagai menyatakan bahawa dua orang Pegawai Daerah ia itu Dr. Hj. Chacho Bin Hj. Bulah, Pegawai Daerah Semporna dan Iman Bin Ali Pegawai Daerah Lahad Datu telah bertemu Shafie Apdal secara rahsia  untuk tujuan menjadi calon Warisan pada PRU14 nanti.     
                                                 
Menurut Sabahkini2 mereka mendapat sumber ini dari mereka yang rapat dengan Shafie Apdal yang mendedahkan bahawa Shafie Apdal sedang dalam usaha berunding dengan beberapa pegawai daerah di Pantai Timur Sabah.

Konon nya ia susulan dari kebimbangan Shafie Apdal dari kepimpinan sedia yang dahulunya bekas-bekas UMNO kecewa atau parti-parti lain yang kini menyertai Parti Warisan. Beliau bimbang mereka ditolak rakyat.

Menurut sumber itu, Shafie Apdal terpaksa melakukannya sebagaimana beliau membeli pemimpin politik muda seperti Darrel Leiking Ahli Parlimen Penampang, Junz Wong (Adun Likas) dan Terence Siambun (Adun Moyog).

Desas-desus perundingan Shafie Apdal dengan para pegawai Daerah yang sedang berkhidmat sudah bermula beberapa minggu lalu.

Dikatakan banyak wang dibelanjakan namun jumlahnya tidak didedahkan. Ketika beberapa orang kepercayaan Shafie membentangkan bajet bahagian ada yang mencadangkan RM 7 juta satu bahagian.

Namun Shafie berpendapat jumlah itu sedikit dan perlu ditambah. Namun bayaran penyertaan Dr Chacho dan Iman dalam Parti Warisan tidak didedahkan., kata sumber itu.

Bagaimanapun kedua-dua Pegawai Daerah yang berpangkalan di pantai timur Sabah itu menafikan menerima wang dari Parti Warisan Sabah untuk tujuan menjadi calon parti dalam pilihan raya umum akan datang (PRU14), seperti yang didakwa dalam artikel di Sabahkini2.Com sebelum ini..

Untuk itu dilapurkan Pegawai daerah Semporna, Dr Chacho Bulah dan pegawai daerah Lahad Datu, Iman Ali telah membuat laporan polis dua hari lalu selepas artikel tersebut viral di media sosial itu.
Chacho, yang kini sedang bercuti, berkata dia sangat kecewa dengan dengan cerita itu yang beliau katakan tidak berasas.

"Saya tidak pernah bertemu dengan Semporna MP Shafie Apdal sejak dia membentuk Warisan kecuali pada satu ketika ketika saya menghadiri pemakaman ibunya.


"Bagaimanapun, tidak ada politik mengenainya kerana saya hanya pergi ke sana sebagai pelayan kerajaan,” kata nya
Dalam isu yang sama, Iman juga mengesahkan bahawa dia telah membuat laporan polis dan salinan laporan itu telah dihantar kepada pehak atasannya termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dia mengekalkan ketidaksenangannya mengenai perkara ini tetapi hanya akan memberi komen mengenainya selepas cuti Krismas.


Sumber: SabahKini2, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?