Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?


Nampak nya perlantikan Pengarah Jabatan Air Sabah (JAS) baru Amarjit Singh mengambil tempat Ir Willis Ansoi (menamatkan perkhidmatan kerana pencen wajib), telah mengundang perhatian pelbagai beberapa orang aktivis yang merasakan perlantikan itu agak luar biasa. Selama ini, belum pernah sesorang yang bukan berkhidmat dengan kerajaan yang dilantik sebagai Pengarah JAS.

Selain aktivis, isu ini juga telah menarik perhatian Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Dr Seri Dr Maximus Ongkili juga selaku Ahli Parlimen, Kota Marudu.

Maximus persoalkan kaedah kerajaan negeri menggunakan khidmat dari luar untuk mengisi kokosangan di Jabatan Air Negeri.
Walhal masih banyak pegawai-pegawai kanan yang berpengalaman dalam perkhidmatan awam, layak muntuk mengisi jawatan  tersebut.

Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan di bawah Parti Warisan supaya  menghormati manifesto pilihan raya mereka, khususnya mengenai Borneosasi.
Jangan hancurkan perkhidmatan awam Sabah semata-mata untuk kepentingan kroni, kata Maximus.

Menurut sumber, Pengarah Jabatan Air Sabah yang baru, Amarjit Singh, pernah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyelewengan RM1.5 bilion daripada dana yang diperuntukkan untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah pada tahun lalu.

Prosiding itu dijalankan di hadapan Majistret Cindy Mc Balitus di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini.

Selain itu Amarjit Singh juga dilapurkan mejawat jawatan Setiausaha Parti Warisan Sabah bahagian Putatan.

Sumber; SMS, Harian metro, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?