Manifesto Kedua PH Untuk Sabah Di Pertikai-Tidak Memenuhi Inspirasi Rakyat?


 
Parti Bersatu Sabah (PBS) menggesa pengundi di pedalaman Sabah menolak manifesto terbaru Pakatan Harapan (PH) untuk negeri itu, dengan mendakwa ia hanya dipenuhi janji pilihan raya bagi penduduk luar bandar menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14). 
Setiausaha Agung PBS, Datuk Johnny Mositun berkata, manifesto “fasa ke-2” memfokuskan kawasan pedalaman yang dilancarkan Pengerusi PH Sabah, Christina Liew di Keningau semalam, terlalu baik untuk direalisasikan. 
Katanya, kelakar untuk PH fikir mereka perlu tampil dengan satu lagi manifesto untuk meyakinkan pengundi di Sabah menyokong calon mereka. 
Manakala Zainnal Ajamain yang mengetuai NGO Sabah Firstborn Society memperlekehkan manifesto terbaru PH itu kerana ia menunjukkan pimpinan mereka tidak faham pemikiran dan ispirasi rakyat Sabah. 
Pakatan Harapan (PH) harus faham rakyat Sabah dan hak mereka bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebelum menyebarkan harapan palsu “Janji Baru”, seolah-olah rakyat mudah terpedaya, kata aktivis Zainnal Ajamain. 
Zainnal, hairan PH merasakan perlu mengumumkan peruntukan RM15 bilion untuk dana pembangunan prasarana di Sabah dan Sarawak jika mereka menawan Putrajaya.
“Saya tidak nampak tujuan menetapkan jumlah itu atau mengumumkan mereka akan menyalurkan 30% daripada belanjawan pembangunan negara untuk Sabah. 
“Sarawak pernah menyumbang tidak kurang daripada RM120 bilion kepada perbendaharaan persekutuan 2 tahun lalu, bermakna sumbangan Sabah juga lebih kurang jumlah itu.
“Jadi apabila PH menjanjikan RM15 bilion seperti satu tamparan buat rakyat Sabah kerana mudah terperdaya,” katanya. 
Antara  lain, Zainnal berkata pemimpin PH ternyata tidak begitu peduli tentang hak yang digariskan bawah MA63 dan hanya berminat meraih undi. 
Atas sebab itu pemimpin PH tidak faham slogan “Sabah untuk rakyat Sabah” kerana mereka menggunakan mantera itu untuk mengatakan hak Sabah ditentukan Putrajaya maka mereka perlu menukar kerajaan sedia ada, katanya. 
Sumber: FMT, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?