PRU14 DiJangka Akan Di Adakan Selepas Tahun Baharu Cina: BN Adakan Mesyuarat Khas Rabu Depan Bincang Senarai Calon?


Mandat kerajaan persekutuan diterajui BN akan berakhir 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh itu.

Justeru pasti nya PRU14 yang dinanti-nantikan oleh segenap masyarakat negara ini akan dilansungkan sebelum itu.

Pada 26 November lalu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan PRU14 akan diadakan selepas Tahun Baharu Cina yang disambut pada 16 dan 17 Februari depan.

Dalampada itu, Berita Harian menghubungi beberapa pemimpin parti komponen BN, termasuk di Sabah dan Sarawak yang mengesahkan mesyuarat itu dijadualkan pada 3 Januari ini dan dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak.

Sumber itu berkata, difahamkan mesyuarat khas itu untuk mengemas kini persiapan menghadapi PRU14, terutama memperkukuhkan jentera di peringkat akar umbi dan membincangkan senarai calon.

Sumber: FMT, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?