SESB Di Ambang Kebankrapan, Merisaukan?


Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar kanan)  baru-baru ini berkata, SESB mengalami kerugian berterusan dan hampir menerima kebankrapan. 
TNB memiliki 82.75 peratus dalam SESB, sementara selebihnya dikuasai Kerajaan Negeri Sabah.
SESB diswastakan pada 1998 semasa krisis kewangan Asia, selepas Sabah menyerahkan hak penjanaan kuasa negeri kepada Persekutuan pada 1984.
Syarikat itu dikatakan menggaji lebih daripada 2,600 kakitangan di seluruh Sabah.  
Sejak 2012, sejumlah RM4.2 bilion telah dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan operasi SESB, malah TNB dan SESB juga telah membelanjakan bahagian mereka untuk perbelanjaan modal.
Untuk tempoh antara 2016 dan 2019, Kerajaan Persekutuan juga memperuntukkan RM2.3 bilion untuk capex dan mengurangkan Indeks Tempoh Purata Gangguan Purata (SAIDI)/
Kerajaan telah memberikan subsidi bahan api dan tarif sebanyak RM1.631 bilion bagi pengguna-pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk tempoh Mac 2015 hingga Jun 2018.”
 
Dalam pada itu pemimpin pembangkang di Sabah mengeritik serta mendakwa SESB yang kini diambang muflis menunjukkan bahawa kegagalan "federalisasi" dan "penswastaan" hak penjanaan kuasa negeri.
Setiausaha DAP Sabah Chan Foong Hin (gambar atas) mendakwa perbincangan berterusan bagi menentukan masa depan firma utiliti itu hanyalah helah untuk menaikkan lagi tarif elektrik.
Beliau mendakwa, Maximus yang juga anak Sabah tidak benar-benar jujur mengenai masalah kewangan SESB.
Dewan Perdagangan Cina Kota Kinabalu, Datuk Michael Lui (gambar atas) menyatakan tidak percaya pada kenyataan bahawa SESB di ambang kebangkrutan. Isu ini boleh menimbulkan panik di kalangan orang ramai, kata beliau. 
Dalam hal yang sama, Pengerusi PKR Sabah Christina Liew menuntut kerajaan untuk mengeluarkan kertas putih SESB.
Sementara itu, Timbalan Presiden Warisan Sabah Darell Leiking (gambar kanan) berkata, kerajaan negeri perlu campur tangan untuk berbincang dengan TNB kerana bimbang kerajaan Persekutuan akan menjual SESB kepada rakyat asing.
"Apa yang paling saya bimbang ialah SESB mungkin akan dijual kepada rakyat asing seperti yang terjadi kepada Sabah Forest Industies (SFI),” kata Darell.

Sumber: Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?