Financial Times Menjangkakan BN Akan Menang PRU14 Dengan Berasaskan 3 Sebab?


Walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran  termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad semakin meraih perhatian pengundi Melayu di luar bandar  namun Barisan Nasional (BN) dilihat akan menang PRU14 akan datang.
Penyelidikan Kanan Financial Times (FT), Hafiz Noor Shams memberikan 3 sebab mengapa mereka yakin BN akan menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurut laporan itu, sebab tersebut ada lah saperti berikut; 
1) Persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijangka memihak kepada Barisan Nasional (BN).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan semula persempadanan semula ini selepas mahkamah menggugurkan aduan Pakatan Harapan (PH) terhadap badan itu pada Disember.”
Persempadanan semula sebelum ini membawa kemenangan besar kepada BN.
Laporan itu menyebut, persempadanan semula oleh SPR pada 2003 menyaksikan BN menang 90% kerusi tetapi hanya 64% undi popular pada PRU 2004.
Pada 2013, BN memenangi 60% kerusi dengan hanya 47% undi popular.
FT menjangka SPR memuktamadkan proses itu sebelum Mac atau April dan percaya contoh terkini muslihat pilihan raya di Malaysia itu akan memanfaatkan BN.
Sumber pembangkang memberitahu FT mereka akan cuba menangguhkan proses itu di mahkamah sehingga Jun, apabila Parlimen akan secara automatik terbubar jika Najib tidak membubarkannya sebelum itu. 
Pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara atas kesalahan liwat, dijangka dibebaskan pada Jun dan ini akan memberi kelebihan kepada PH, kata laporan itu walaupun kemungkinan ia ditunda adalah rendah.”
2) PAS akan memecahkan undi pembangkang, memandangkan parti Islamis itu berhasrat meletakkan calon di kerusi yang mereka tidak tandingi sebelum ini, walaupun peluang untuk menang sangat tipis.
3) Gabungan PH lemah di Sabah dan Sarawak di mana terletaknya 1/3 daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen.
Menurut FT, tanpa kejayaan besar di Sabah dan Sarawak, PH perlu menang lebih kurang 2/3 daripada kerusi di Semenanjung untuk mengambil alih Parlimen, yang mana ianya agak sukar. PH hanya memegang 39% kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, dan semasa PAS sertai gabungan itu sekali pun, mereka hanya memegang 47%.”
Bagaimanapun, laporan itu mengatakan BN mungkin akan kalah beberapa kerusi kepada Parti Warisan Sabah tetapi mungkin hanya terhad di timur Sabah.
Laporan itu juga mengatakan kedudukan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak selamat walaupun BN menang tipis, memandangkan perhimpunan agung yang diadakan pada Disember tahun lepas bersetuju untuk tidak mengadakan pemilihan semula kepimpinan. Biasanya, presiden Umno akan menjadi perdana menteri.
Walaupun laporan itu mengatakan BN akan menang, kemenangan pembangkang akan menjadi sesuatu yang baru. Ia akan menjadi kali pertama Umno hilang kuasa sejak Tanah Melayu (nama negara sebelum menjadi Malaysia) mengadakan PRU pertamanya pada 1955.

Sumber: FMT, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?