Pengakuan Mukhriz Sebagai Rakyat Brunei Di Persoalkan?


Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah pada jumaat lalu dipetik Sinar Harian sebagai melaporkan beliau lebih rela mengaku sebagai rakyat Brunei ketika berada di luar negara kerana kata nya imej Malaysia semakin terjejas di mata dunia.
Malaysia dikenali untuk sebab salah, bukannya disebabkan kemajuan negara, kata Mukhriz.
“Waktu pi luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, kita malu dan terpaksa mengaku dari Brunei sebab Malaysia banyak masalah.
“Bila jawab Malaysia, orang akan tanya kenapa negara cukup bermasalah, dahulu cukup hebat dan gah, tetapi hari ni cukup teruk,” katanya.
“Saya ingin menegaskan saya gembira mengaku sebagai warganegara Malaysia tetapi sedih melihat rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi kerana GST.
“Saya sanggup menggadaikan nyawa mempertahankan Malaysia tetapi marah apabila kedaulatan negara digadai,” katanya.
Bagaimanapun, kenyataan beliau itu di persoal oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak yang menyifatkan tindakannya mengaku sebagai rakyat Brunei itu sebagai memalukan.
Dalam isu yang sama Najib  berkata bahawa kalau tak bangga jadi rakyat Malaysia, keluar dari negara ini.

Sumber: Sinar Harian, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?