BR1M Bukan Untuk Beli Undi?


Perdana menteri menempelak pihak yang hanya pandai mengkritik pemberian BR1M, tetapi tidak memberi sebarang cadangan berhubung kaedah lebih baik menyampaikan subsidi.

Dalampada itu, beliau baru-baru ini berkongsi asal-usul pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan pelbagai tohmahan pembangkang termasuk bertujuan membeli undi.
Bercakap di depan kira-kira 2,000 penerima di  Pekan, Pahang beliau berkata, bantuan itu dicadangkan Bank Negara Malaysia yang bukan bersifat kepartian politik dalam usaha membolehkan kaedah subsidi bersasar dilakukan.
“Subsidi ini (bersasar) adalah lebih baik daripada subsidi pukal yang banyak ketirisan. Sebagai contoh, mungkin mereka yang menerima subsidi ini menjualnya di sempadan.
“Keduanya, orang yang sepatutnya menerima subsidi secara relatifnya mendapat kurang berbanding orang yang tinggi kemampuan, contohnya petrol RON95. Orang berkereta besar mendapat manfaat lebih daripada mereka yang memandu Proton Saga atau Myvi,” katanya. 
Oleh itu, Najib yang juga menteri kewangan berkata, sudah sampai masanya untuk kerajaan membuat perubahan dasar yang memberi manfaat besar kepada rakyat melalui pemberian BR1M.
Justeru, katanya, BR1M dilaksanakan pada 2012 dengan bantuan RM500 yang memanfaatkan hampir 4.1 juta penerima sebelum dinaikkan kepada RM1,000 pada 2016 dan RM1,200 pada 2017.
Pengagihan BR1M 2018 yang melibatkan peruntukan RM6.3 bilion untuk kira-kira 7 juta penerima di seluruh negara akan dilakukan dalam 3 fasa.
Beliau berkata, sehingga hari ini, kerajaan BN berjaya menunaikan 97.6% janji dalam manifesto pada PRU lepas.

Sumber: FMT, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?