Malaysia Merosot Dalam Indeks Persepsi Rasuah Global?


Laporan 2017 Transparency International (TI)  yang dikeluarkan kelmarin meletakkan Malaysia 7 tangga lebih bawah berbanding tahun sebelum ini, iaitu tempat ke-62 di kalangan 180 negara, prestasi terburuk sejak 5 tahun lepas. 
Malaysia juga memperoleh markah 47 daripada 100.
Walaupun muncul ke-3 di kalangan 10 negara Asean, ia ia masih jauh terkebelakang dari segi markah berbanding Singapura dan Brunei. 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melahirkan rasa terkejut dengan pengumuman TI tersebut yang menyaksikan Malaysia merosot dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI), jatuh ke tangga 62 daripada 55 tahun lepas, di kalangan 180 negara. 
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata Malaysia sepatutnya mendapat
kedudukan yang lebih baik dalam CPI berikutan penangkapan agresif dilakukan pihaknya pada tahun lalu.
“Kedudukan terbaru CPI tidak selaras dengan pencegahan dan tindakan diambil SPRM,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Lembaga Penasihat SPRM di sini.
“Kalau kita lihat, setiap minggu ada tindakan diambil dan tangkapan yang berterusan selama 2017. Agak ketara dan agresif terhadap pihak perasuah negara. 
“Indeks dikeluarkan tidak menggambarkan realiti sebenar,” katanya. 
Laporan tahunan CPI berdasarkan tinjauan daripada mereka yang terlibat dalam industri perniagaan, termasuk penganalisis risiko dan orang awam bekerja di negara yang dinilai. 
Dzulkifli berkata pihaknya akan meneliti semula penurunan itu dan berkata akan menubuhkan jawatankuasa bagi tujuan mengkaji laporan CPI yang dikeluarkan TI. 
Menurutnya, penurunan itu bukan semata-mata disebabkan rasuah berkait SPRM tetapi terdapat sumber lain yang menyumbang kepada kedudukan itu. 
“Kalau dilihat penilaian itu tidaklah secara keseluruhannya melibatkan isu rasuah. Ia melibatkan kemanusiaan, politik dan senario perniagaan di Malaysia. 
Ada sumber dinilai bukan di bawah SPRM,” katanya. 
Dzulkifli turut mencadangkan sebuah CPI dilakukan sendiri di Malaysia oleh sebuah badan bebas. 
Sumber: FMT, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?