Membetulkan Peluang Pekerjaan Yang Terbiar Selama 54 Tahun?


Sama ada ada kebetulan atau pun sekadar kenyataan  bertujuan untuk memamcing undi oleh Bendahari Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah(PAN) Thomas Tsen baru-baru ini, hanya rakyat Sabah khusus nya pengundi muda yang mungkin lebih mehahami nya. 
Thomas berkata pemimpin tempatan perlu membantu golongan muda yang berpendidikan tinggi mencari peluang pekerjaan di negeri Sabah daripada berhijrah mencari pekerjaan di semenanjung atau di tempat yang lain. 
Ini adalah isu 54 tahun dan sepatutnya telah ditangani sejak tahun 1974 selaras dengan syarat di dalam MA63 dan IGCR yang menyatakan bahawa rakyat Sabah sepatut nya telah mengisi semua kekosongan pekerjaan di jabatan dan agensi kerajaan persekutuan…Tetapi malang nya ia tidak berlaku hingga sekarang, kata Thomas.
Walaupun Saya tidak menentang integrasi nasional namun jika kita terus membenarkan golongan muda yang berpendidikan dan produktif untuk mencari pekerjaan di tempat lain, maka ia tidak akan memberi banyak manfaat kepada Sabah, kata Thomas.
Beliau percaya golongan muda Sabah tidak mendapat peluang pekerjaan di Sabah, kerana kebanyakan jawatan di jabatan kerajaan,
agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), di sini telah di pelopori oleh warga dari semenanjung.
Selain itu menurut Thomas Tsen komposisi pekerjaan negeri itu harus mencerminkan komposisi kaumnya mengikuti formula 4-4-2.Dengan bermaksud 4 Bumiputera Muslim, 4 KDM dan 2 Cina. 
Sekiranya PAN akan membentuk kerajaan yang akan datang, parti tersebut akan mengkaji semula isu peluang pekerjaan bagi golongan muda, berpendidikan dan produktif tanpa menghiraukan agama dan kaum, katanya.
Jangan lupa bahawa perubahan sukar pada mulanya, kurang kemas di pertengahan dan cantik pada akhirnya, kata Thomas.

Sumber: Sabah Daily Express, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?