Pairin, Madius, Maximus, Kurup Pejuang Sabah KDM Sebenar - Musa Aman

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Maximus Ongkili dan Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau ada lah pejuang  KDM Sebenar, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.
Disamping itu mereka dalam Barisan Nasional antara pejuang pembangunan dan masa depan Sabah yang sebenar, kata Musa selanjutnya.
Dalampada itu, Musa mempertikaikan motif Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal menggunakan slogan “Sabah untuk Sabah”.
Beliau berkata pemimpin-pemimpin KDM veteran itulah yang selama ini berjuang untuk Sabah dan bukannya Shafie.
Beliau menuduh Shafie merampas slogan itu.
Musa juga menepis dakwaan Shafie dan pemimpin Warisan berjuang untuk hak Sabah.
“Dia sebenarnya pengkhianat parti dan perjuangan kita dan tindakan disiplin diambil terhadap dia kerana kelakuannya”,   kata Musa.
Musa berkata Shafie seorang yang angkuh semasa menjadi menteri luar bandar dan pembangunan wilayah serta tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri.
“Dia tidak pernah duduk berbincang dengan saya tentang bagaimana kementeriannya akan menyalurkan peruntukan untuk memenuhi keperluan Sabah,” katanya.
Musa berkata Shafie bukan seperti menteri persekutuan dari Sabah yang lain seperti Tangau, Kurup dan Ongkili yang selalu bertemu untuk berbincang tentang pembangunan Sabah.

Sumber: FMT, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?