Sistem Pendidikan Antara Penyebab Pembahagian Kaum?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpendapat pembahagian kaum (compartmentalization) dalam masyarakat hari ini sebahagiannya disebabkan oleh sistem pendidikan negara.
Najib menghuraikan jawapan ketika ditanya tentang jurang antara kaum yang meluas dan adakah beliau bimbang ke mana negara sedang menuju.
Beliau berkata bahawa tiada penyelesaian segera kepada keadaan itu apabila kita menerima sekolah pelbagai aliran sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara.
Anda telah melalui perubahan struktur dalam masyarakat di mana kita hidup, belajar secara terbahagi-bahagi justeru terdapat perbezaan ketara warga sekolah yang lebih majmuk, berbanding warga sekolah jenis kebangsaan dan aliran agama, kata nya.
Bagaimanapun, masyarakat kita masih harmoni kerana tidak ada rusuhan kaum dan konflik yang boleh dilihat di negara-negara lain walaupun kita masyarakat yang majmuk.
Banyak perkara boleh jadi tak kena tetapi kita hidup damai dan harmoni.
Kita terpaksa menerimanya dan mengajar nilai-nilai teras tertentu seperti belajar melalui interaksi antara kita dan saling hormat-menghormati.
Sekiranya anda boleh menanam nilai-nilai teras itu maka Malaysia akan terus menjadi sebuah negara yang akan berkembang secara aman dan harmoni, kata nya.
 
Sementara itu, Najib berkata revolusi Industri 4.0 akan diberi keutamaan sekiranya Barisan Nasional diberi mandat untuk terus memerintah pada pilihan raya umum ke-14 nanti.
Revolusi ini sebahagian trend kemajuan industri dari revolusi pertama (penjenteraan, kuasa air dan stim. Revolusi kedua (pengeluaran besar-besaran, barisan pemasangan, elektrik) dan revolusi ketiga (komputer dan automasi).
Revolusi 4.0 melibatkan sistem siber-fizikal, Internet of Things, pengkomputeran awan dan pengkomputeran kognitif.
Najib berkata pentadbirannya mahu melihat perkara itu dengan lebih rapat dan akan membuat beberapa perubahan pada sistem pendidikan “bagi memastikan sistem kita dapat menyampaikan kemahiran yang perlu untuk Era Digital.

Sumber: FMT, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?