Warisan Saman Menteri Berhubung Kenyataan Yang Menimbul Kebencian?


Parti Warisan Sabah baru-baru ini membuat laporan polis terhadap Menteri Luar Anifah Aman kerana menimbulkan kebencian kaum terhadap parti dan juga etnik presidennya Shafie Apdal.
Warisan mendakwa yang Anifah menuduh parti itu berniat untuk meneruskan legasi Sultan Sulu yang ingin menuntut Sabah.
Dikatakan, Anifah mengeluarkan kenyataan itu di hadapan lebih kurang 300 orang ketika berucap di majlis makan malam Tahun Baharu Cina anjuran kawasan Parlimen beliau, Kimanis, di sebuah hotel lima bintang di Kota Kinabalu pada 9 Februari lalu. 
Sehubungan itu, setiausaha Warisan, Loretto Padua Jr menuntut polis Sabah menyiasat ucapan Anifah itu, sambil menekankan yang kenyataannya itu berbaur hasutan dan boleh menyebabkan perbalahan kaum di Sabah.
Anifah berkata yang Warisan meneruskan perjuangan Sultan Sulu yang ingin menuntut Sabah.
“Kenyataan sebegitu sangat bahaya, tamabahan bila ia keluar dari mulut seorang pemimpin senior kebangsaan. Dia juga cakap yang Bajau bukan penduduk asal Sabah dan membahaya… Bajau adalah etnik presiden kami Shafie Apdal,” kata Padua kepada pemberita. 
Menurut Padua  selanjutnya, mesej yang cuba disampaikan Anifah itu boleh disiasat di bawah Seksyen 499 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 4 Akta Hasutan.
Dalampada itu, Datuk Shafie Apdal bercakap pada satu majlis di Kampung Bunga Raya, Bingkor pada hari Ahad lalu, bahawa lawannya terus menimbulkan keraguan tentang keturunannya dalam usaha merosakkan reputasinya dan membuat kekeliruan dengan rakyat.
Shafie berkata ini adalah pemimpin Umno yang sama yang tidak mengatakan apa-apa tentang keturunannya ketika beliau masih naib presiden Umno dan menteri di kabinet persekutuan.




Sumber:  Borneo  Today, The Malaysian In sight, Agensi




Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?