Jika BN Menang PRU14, PM Mahu Meredah Jeram, Sungei Kiulu


Ini kali lah, bila Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berikrar akan kembali Kiulu dan mencuba rakit redah jeram, produk pelancongan utama Kiulu.
Dalampada itu, Najib berkata beliau kerap melawat Sabah berbanding bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun pemerintahannya.
Dr Mahathir tidak peduli orang di sini. Dia tak pernah peduli untuk beri jalan raya yang sangat diperlukan kepada rakyat.
Sebaliknya, kerajaan sedia ada tidak sekadar berjanji atau bercakap untuk memburukkan orang lain. Kita bawa pembangunan, bukan sahaja untuk Sabah tetapi ke seluruh Malaysia.
Beliau menambah ada banyak perkara yang pembangkang tidak mampu berikan kepada rakyat, seperti mengukur tanah adat.
Pembangkang tidak boleh berikan hak rakyat Sabah bawah Perjanjian Malaysia 1963 tetapi Kerajaan BN sedia menyerahkan hak yang mungkin secara tidak sengaja terambil daripada kerajaan negeri.
Beliau selanjutnya berkata pengundi Parlimen Tuaran memastikan BN bukan sahaja menang kerusi itu tetapi juga 3 kerusi DUN di bawahnya iaitu Kiulu, Sulaman dan Tamparuli.
Tamparuli kini dipegang pembangkang.
Najib, yang berjanji kepada 5,000 hadirin selepas melawat projek jalan raya yang menghubungkan Kiulu ke Randagong di Ranau kira-kira 70km dari sini, juga berjanji akan menunaikan permohonan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilred Madius Tangau untuk menaiktaraf jalan raya sepanjang 22km yang menghubungkan Tamparuli dan Kiulu.
Justeru, rakyat harus membalas bantuan itu di peti undi, katanya

Sumber: FMT, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?