Jika kaum Cina Tolak Calon Cina BN, Tiada Wakil Dalam Dalam Kabinet Kerajaan Baharu?



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jika calon-calon BN daripada kaum Cina ditolak dan rakyat mengundi orang lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan itu BN tidak akan dapat melantik pemimpin Cina dalam Kabinet.
Ia akan menjadi hari yang menyedihkan jika terdapat hanya segelintir atau tiada langsung wakil kaum Cina dalam Kabinet atau kerajaan. Kata nya.

Kita perlukan wakil kaum Cina yang mantap dalam kerajaan, kerana jika kita meminggirkan pemimpin Cina, perwakilan mereka dalam kerajaan adalah lemah, kata pengerusi BN itu pada sidang media khas menjelang hari penamaan calon PRU14 kelmarin.

Dalampada itu, najib menasihatkan pengundi Cina agar tidak membuat kesilapan sama seperti yang berlaku pada pilihan raya umum yang lepas.

Pada kali ini, lebih baik bersama-sama dengan BN. Lihat pada kestabilan, pertumbuhan pesat ekonomi, lebih banyak peluang perniagaan, lebih banyak bantuan kewangan dan kredit mikro dengan BN,  katanya.

Sumber: Bernama, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?