Perjuangan Bukan Bersifat Peribadi, Sebaliknya Perjuangan Parti - Jumat Idris?



Bekas Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris menzahirkan kesetiaan penuh untuk terus bersama Barisan Nasional (BN) sekali gus tetap akan berada di belakang semua calon BN yang akan bertanding khususnya calon bagi kerusi Parlimen Sepanggar dan dua Dewan; iaitu Karambunai dan Inanam.

Meskipun tidak dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU-14) Jumat berkata beliau tidak akan berubah arah termasuk berada di haluan kiri dan disebaliknya akan terus menyokong pucuk pimpinan BN, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang melihat kepada kebaikan perubahan itu.

Katanya, perjuangan yang dibawa selama ini bukan bersifat peribadi, tetapi perjuangan parti yang mahu membawa perubahan kepada rakyat terutamanya pengundi di Sepanggar.

Dalampada itu, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan tindakan bekas Ketua UMNO Bahagian Sepanggar Datuk Jumat Idris untuk terus setia dalam perjuangan Barisan Nasional (BN) sebagai pemimpin tulen dan sejati. 

Salleh berkata pendirian yang dizahirkan Jumat mengenai kesetiaannya kepada parti membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa besar dan bersedia menerima keputusan daripada pucuk pimpinan.

Sumber: UTUSAN ONLINE, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?