PRU14: Pairin Tuduh Calon Warisan DUN Tambunan Sebagai Penghianat?


Semasa hari pencalonan 28/04/2018(Sabtu) lalu, Tan Sri Datuk Pairin Kitingan 78, dipetik sebagai menyuarakan kekecewaan terhadap calon Warisan Justin Alip.
Pairin tuduh Justin sebagai mengkhianati parti Bersatu Sabah (PBS) yang selama ini telah menjaga beliau dengan baik.

Justin, 66, ada lah saudara ipar Pairin dan Presiden Parti Solidariti Tanahairku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang juga turut bertanding di kerusi DUN Tambunan.

Justin Alip mantan Ketua Penarangan Parti Bersatu Sabah (PBS) itu tidak menyangka akan mencabar Pairin untuk kerusi DUN Tambunan.

Calon Parti Warisan Sabah(Warisan) itu berkata keputusan untuk bertanding di DUN Tambunan dibuat selepas Pairin menyatakan niat awal persaraan tahun lepas.


Isu ini tidak boleh dilihat bahawa saya mencabarnya kerana saya membuat keputusan untuk bertanding di DUN Tambunan setelah Pairin mengumumkan keinginannya untuk bersara, kata Justin suami kepada Juliana, adik perempuan termuda Pairin.

Dalampada itu, Justin menyuarakan  rasa hormat beliau terhadap Pairin selaku Huguan Siou (pemimpin utama Kadazandusun Murut)yangmana telah membantu  memberi beliau pengetahuan dan pengalaman dalam politik sejak tahun 1984.


Meski apapun yang telah diperkatakan oleh Pairin kepada saya, saya maafkan dia. Mungkin Pairin sudah ‘lupa’ siapa dia dan apa perjuangan asal PBS. Dia tetap ipar saya dunia dan akhirat, kata Justin.

Bagaimanapun tanpa mengambilkira ketegangan hubungan keluarga, Justin percaya tindakannya bertanding ada lah bertujuan memberi mandat untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Sumber: FMT, New Straits Times, Agensi

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?