Gaji Rendah Antara Sebab Rakyat Memilih Kerja?



Kementerian Sumber manusia kini akan mengambil langkah menangani masalah kekurangan pekerja tempatan yang berminat bekerja dalam beberapa sektor tertentu di negara ini hingga memaksa Malaysia bergantung pada pekerja asing.

Menurut menteri nya M Kulasegaran kadar gaji yang rendah dipercayai merupakan antara sebab utama ramai rakyat Malabersikap memilih kerja. Oleh itu, jelas beliau, isu gaji dalam kalangan rakyat negara ini perlu diselesaikan.

M Kulasegaran berkata, pekerja tempatan tidak mahu menerima pekerjaaan jika gajinya terlalu rendah dan rakyat tidak boleh diminta membandingkan gaji  mereka dengan gaji warga asing yang bekerja di sini.

Dalampada itu, Kulasegaran dilaporkan berkata kerajaan akan mengkaji semula perjanjian pengambilan pekerja asing dengan semua negara terlibat bagi mengurangkan pergantungan Malaysia kepada pekerja asing.

Katanya rakyat tempatan perlu diberi keutamaan untuk mendapat pekerjaan.

Beliau mengulas perjanjian pengambilan pekerja antara Malaysia dan Bangladesh pada 2016 yang menyasarkan pengambilan 1.5 juta pekerja dari negara itu.

Menurut Kulasegaran, kementerian juga akan mengkaji semula peranan orang tengah yang membawa masuk pekerja asing kerana ia memerlukan negara menanggung kos tinggi.

Sumber: FMT, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?