PM Umum 1.6 Pejawat Awam Akan Terima Bonus Raya: Dakwa SPR Telah Menipu Pada PRU14




Berita menarik minggu ini ia lah kerajaan akan memberikan bonus kepada 1.6 juta penjawat awam menjelang perayaan hari raya Aidilfitri tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

Selain itu, Tun M juga berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menerima banyak aduan salah laku terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Justeru untuk membersihkan nama dan menegakkan integriti SPR (termasuk di Sabah),  Dr Mahathir berkata tindakan akan diambil terhadap SPR dan pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah sekiranya terdapat bukti salah laku.

Perdana Menteri mendakwa bahawa partinya menerima beberapa aduan, yang mencadangkan SPR telah cuba mengurangkan peluang Pakatan Harapan untuk memenangi majoriti yang lebih besar dalam beberapa kerusi.

Mahathir sebelum ini mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya melambatkan pengumuman keputusan rasmi dengan menolak menandatangani perakuan Borang 14.

Kami telah tunggu lama tetapi masih belum selesai. Nampaknya banyak kerusi sudah habis dikira, tetapi pegawai enggan mengumumkan keputusan tersebut, mala menggalakkan undi dikira semula, kata nya.

Sumber: Sumber Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?