Akaun Umno Sah Di Beku?


Pasukan Petugas Khas 1MDB hari ini mengesahkan pembekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk Umno serta parti politik lain yang dipercayai terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB.

Dalam kenyataannya, pasukan itu berkata antara yang turut dibekukan adalah akaun milik persatuan dan syarikat yang turut terlibat dalam siasatan kes berkenaan. 

Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tindakan membekukan akaun yang dilakukan SPRM.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa mengambil tindakan berlandaskan asas yang ditemui agensi berkenaan dan mempunyai kuasa membekukan akaun Ibu Pejabat Umno Pusat dan Selangor, kata Muhyiddin.

Baru-baru ini , Pemangku Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa akaun Ibu Pejabat Umno Pusat dan Selangor dibekukan SPRM manakala akaun Umno Johor juga hampir pasti akan dibekukan SPRM dalam masa terdekat.

Sumber: FMT

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?