20% Royalti Minyak Berdasarkan keuntungan Hasil Negeri: Tun M Salah?


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini berkata sekali lagi menekankan pembayaran royalti 20% kepada negeri-negeri akan dikira berdasarkan keuntungan daripada hasil yang diperoleh di negeri berkenaan.

Terdahulu, penyelidik Perjanjian Malaysia 1963, Zainnal Ajamain mempersoalkan kewajaran kiraan berdasarkan keuntungan kerana ia tidak mengiktiraf negeri sebagai pemilik sumber minyak dan gas.
Jika ia keuntungan, itu bayaran tunai dan ia bertentangan dengan janji PH untuk 20% royalti minyak, katanya kepada FMT.

Dalampada itu,  Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pemberian royalti petroleum berdasarkan pengeluaran dengan keuntungan adalah 2 perkara berbeza dan sehubungan itu, kerajaan Sarawak mahu mendapatkan penjelasan lanjut daripada kerajaan persekutuan.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Datuk Karim Abdul Rahman Hamzah berkata Dr Mahathir sama sekali salah dan kiraan royalti 20% berdasarkan keuntungan itu tidak akan diterima oleh rakyat di negeri Sarawak dan berkemungkinan juga di negeri Sabah

Royalti adalah bayaran yang dibuat kepada pemilik yang sah manakala keuntungan ialah manfaat kewangan apabila hasil aktiviti perniagaan mengatasi perbelanjaan, kos pengeluaran dan cukai.

Dalam kes ini, Tun M hanya cuba menyenangkan hati negeri-negeri pengeluar minyak dengan menggunakan istilah ‘royalti’ dan kemudian mengatakan royalti itu dinaikkan ke 20% daripada keuntungan, katanya.

Sementara itu, Menteri Undang-Undang Liew Vui Keong menggesa Petronas menjelaskan istilah “keuntungan” dan “royalti” kepada rakyat bagi mengelakkan kekeliruan dan kerisauan.

“Kita belum lagi mendengar penjelasan daripada pakar minyak dan gas.

“Nilai 20% daripada keuntungan itu mungkin lebih, tetapi sekarang ini saya tak mahu berspekulasi,” kata menteri persekutuan itu.

Pada masa yang sama, Liew menggesa semua pihak jangan membuat sebarang kesimpulan sehingga Petronas sendiri mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkara ini.


Ahli Parlimen dari Sabah tidak percaya kefahaman kerajaan pusat mengenai pemberian royalti minyak 20% memenuhi kehendak rakyat negeri itu.

Bercakap kepada FMT semalam, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata berdasarkan kefahamannya, maksud kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ialah pengagihan royalti 20% daripada keuntungan hasil minyak yang dikeluarkan oleh negeri berkaitan.

“Saya percaya Sabah dianggarkan mengeluarkan kira-kira 30% daripada hasil keseluruhan minyak. Jadi royalti 20% ke atas keuntungan ialah sebanyak 5.6%, iaitu pertambahan hanya 0.6% untuk negeri Sabah.”

Bagaimanapun Bung berkata, beliau akan menunggu kerajaan pusat memberi penjelasan terperinci mengenai royalti 20% yang dimaksudkannya.


Manakala Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal enggan mengulas pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang pengagihan keuntungan untuk negeri-negeri pengeluar minyak.

Pengumuman perdana menteri dilihat bercanggah dengan kenyataan sebelum ini.

Bercakap kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini, Mohd Shafie berkata dia hanya akan menjawab soalan tentang kenyataan Dr Mahathir itu selepas perbincangan lanjut dengan perdana menteri.



Sumber: FMT, Agensi Berita

Comments

  1. No Deposit Bonus Codes & Free Spins | Wooricasinos.info
    Welcome 원벳 먹튀 to betting Worscasino! Your chance to discover what no deposit casino 배팅사이트 offers you. From no deposit bonus codes and 해외야구 free mgm공식사이트 spins,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?