Jawatankuasa Khas kaji MA63 Sedia Laporan Dalam 6 Bulan?


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata, Jawatankuasa Khas Kabinet yang dibentuk bagi mengenalpasti kaedah terbaik memenuhi kehendak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan turut dianggotai pemimpin pembangkang


Liew memberitahu pemberita, beliau mahu memastikan jawatankuasa itu bersifat inklusif dan akan menerima pandangan semua pihak.
Dikatakan jawatankuasa tersebut akan dianggotai mereka yang mempunyai pengetahuan tentang isu ini seperti bekas hakim, ahli akademik, sejarawan dan sebagainya.

Liew berharap dapat mengemukakan senarai nama tersebut kepada Kabinet minggu depan, dan menambah, sebaik sahaja jawatankuasa itu dibentuk, ia akan mengambil masa kira-kira 6 bulan untuk menyediakan laporan mereka.

Beliau berkata, salah satu isu utama yang akan diperhalusi jawatankuasa itu ialah mengenai Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, yang berikutan pindaan ke atasnya pada 1976, kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setaraf dengan Persekutuan Malaysia berubah menjadi setaraf sebuah negeri seperti Selangor dan Perlis.

Liew berkata, sebelum pindaan itu dibuat, Sabah dan Sarawak dikelompokkan ke dalam negeri Borneo sebagai satu entiti, sementara negeri lain diletakkan di bawah Persekutuan Malaysia sebagai entiti yang lain.

Selain isu tersebut, Liew berkata, jawatankuasa itu juga akan mengkaji Akta Pembangunan Petroleum (PDA) yang diluluskan pada 1974 dan memeriksa sekiranya ia melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Beliau bagaimanapun mengakui, mahkamah merupakan kata pemutus dalam menentukan sama ada akta itu dan Perjanjian Petroleum 1976 ang dibuat selepas itu terbatal dan tidak sah.

Selain itu, Liew juga bercakap tentang persoalan 13 kerusi baru Dewan Undangan Negeri Sabah yang tidak diluluskan oleh kerajaan pusat sebelum ini walaupun ia telah diwartakan oleh kerajaan negeri.
Katanya walaupun ia merupakan isu panas sebelum pilihan raya umum 9 Mei lepas, sehingga kini isu tersebut tidak diketengahkan oleh mana-mana pihak.

Sumber: FMT, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?