Kerajaan Warisan Rosakkan Sabah - Maximus Ongkili?


Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Maximus Ongkili berkata kerajaan baru pimpinan Parti Warisan itu tidak melakukan apa-apa yang bermanfaat untuk Sabah dalam 60 hari pertama memerintah.

Sebaliknya, Maximus Ongkili berkata kerajaan baru itu sudah merosakkan negeri dan menarik balik bantuan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Beliau menghentam pengumuman kerajaan yang ia akan memberikan kerakyatan kepada 200,000 orang, mengatur pekerja asing haram dan membatalkan penganugerahan geran tanah adat komunal.

“Penyelesaian” itu menghalang kemajuan negeri, katanya.

Pendek kata, tiada apa yang boleh dibanggakan dalam 60 hari kerajaan sekarang ini.

Mereka cuma memanaskan kerusi. Kabinet Sabah sepatutnya mencipta penyelesaian yang kukuh, bukannya mengganggu dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat, katanya.

Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan negeri mesti dijelaskan kepada rakyat, mesti telus dan dilakukan mengikut undang-undang dan peraturan sedia ada, kata Maximus Ongkili.

Maximus Ongkili mempersoalkan kesahan kerajaan negeri, mengatakan ia sedang dipertikaikan di mahkamah, merujuk kepada saman yang difailkan bekas ketua menteri Tan Sri Musa Aman mencabar kesahan pelantiakn ketua menteri sekarang, Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau menasihatkan ahli dan penyokong PBS supaya terus menolak kerajaan sekarang sehingga mahkamah menentukan statusnya.

PBS akan terus bersuara dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya bagi memastikan undang-undang dan peraturan yang dilanggar, terutama melibatkan hak rakyat Sabah sebenar, katanya.

Sumber: FMT, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?