Musa Aman Mohon Batalkan Petisyen Persoal Kemenangan PRU14, DUN Sibuga?


Walaupun berada di luar negara Tan Sri Musa Aman masih bergerak bebas sehingga mampu memfailkan permohonan untuk membatalkan petisyen pilihan raya oleh calon Parti Warisan Sabah yang mempersoalkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beliau mengarah para peguam beliau agar membatalkan permohonan terhadap petisyen yang difailkan oleh Asmara Abdul Rahman calon Parti Warisan di DUN Sibuga pada PRU14 yang lalu.

Rizwandean Bukhari M. Burhan memberitahu Hakim Azhahari Kamal Ramli bahawa Asmara menamakan Musa, Pegawai Pemulangan (RO) Suruhanjaya Pilihan Raya dan SPR sebagai responden pertama, kedua dan ketiga, dalam petisyen yang difailkan pada 18 Jun LALU.

Pendengaran Mahkamah Pilihan Raya itu didengar melalui persidangan video dengan hakim dan peguam untuk calon Warisan, Majnah Abdillah dan Zaleha Yusuf Pan di Mahkamah Tinggi di Sandakan.

Sementara peguam  Musa Aman; Rizwandean, Ridhuan Aklee dan Azhier Farhan Arisin dan juga peguam bagi RO dan EC, Muammar Julkarnain, Japar Esteban, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Norlaily Anuar berada di Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu.

Hakim menetapkan dua minggu untuk Musa Aman mengajukan permohonan itu dan menetapkan 14, 21 dan 28 August untuk para peguam Musa Aman mengajukan afidavit mereka.

Mhkamah selanjutnya menetapkan 4 September untuk pendengaran permohonan itu sementara keputusan akan diserahkan pada 5 September.

Selain itu, mahkamah juga menetapkan tarikh perbicaraan bagi petisyen pilihan raya Sungai Sibuga pada 18-28 September.

Sumber: The Borneo Post, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?