Usul Umur 18 Tahun Layak Mengundi Dibawa ke Kabinet, Parlimen?


Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau akan membawa usul had umur layak mengundi daripada 21 tahun direndahkan kepada 18 tahun akan dibawa ke kabinet dan Parlimen tidak lama lagi.

Untuk itu, beliau bertemu dengan Peguam Negara, Tommy Thomas hari baru-baru ini bagi membincangkan antaranya pindaan undang-undang yang perlu bagi tujuan tersebut.   

Beliau berkata,  negara saperti Filipina, Indonesia, Thailand, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis yang mengiktiraf intelek dan kematangan golongan berusia 18 tahun mereka, manakala ada dikalangan rakyat Malaysia yang menggelar mereka ‘bodoh’ atau ‘tidak matang’.

Menurut Anggota Parlimen Muar itu pindaan sedemikian akan memberikan peranan yang lebih penting  kepada  belia dalam proses membina negara.

Ini bermakna suara belia akan bertambah lantang dan kuat, katanya dalam kenyataan.

Usul itu merupakan antara janji dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan.

Sumber: Bernama, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?