Ala-Tuju Kerajaan Baru Membangun Negeri Sabah Hadapi Pelbagai Gangguan?



Seadanya, nya suasana pentadbiran kerajaan baru negeri Sabah kini dilihat  dalam situasi delima kerana ia nya tidak berjalan lancar sapertimana yang diilhamkan...Ia nya terpaksa melalui pelbagai gangguan yang berliku-liku lagi mencabar.


Manifesto 100 hari parti Warisan dan sekutu terlah berlalu dan objektif utama terbabas kerana gangguan luar jangka dan tidak dapat dielakkan.

Selain dari perlantikan kekosongan dikalangan pemimpin disemua sektor, nampaknya prioriti kerajaan untuk menyelesaikan isu penting pengganguran dikalangan belia Sabah melalui skim ‘one district one industry’ lambat mengorak langkah untuk direalisasikan.

Disebaliknya, keutaman difokuskan kepada pembinaan perumahan mampu milik bagi mengurangkan masalah setinggan di negeri ini, khusus nya mereka yang terlibat dalam kebakaran beberapa minggu lalu.

Tuntutan autonomi melalui MA63 masih lagi dalam peringkat kajian dan perundingan, belum tentu dipersetuji kelulusan nya oleh kerajaan perseketuan.

Dikatakan 20 peratus yang diberikan oleh Petronas kepada Sabah adalah royalti daripada keuntungan; berchanggah dengan tuntutan yang diilhamkan oleh negeri Sabah.

Kehadiran mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman diMalaysia, bertujuan untuk mengangkat sumpah ADUN dan juga menuntut hak sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah dimahkamah pastinya tidak membantu kerajaan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal dalam usaha membangun Sabah tanpa gangguan.

Dalampada itu cadangan kerajaan negeri untuk mengeluarkan Kad Pengenalan Sabah (Sabah IC) tidak dipersetujui oleh Menteri Undang-Undang perseketuan Datuk Liew Vui Keong (juga selaku Pengerusi Tetap Parti Warisan Sabah).

Kita juga turut bersimpati kerana masalah pelbagai lagi luar jangka berlaku kini mampu melambatkan process pembangunan yang diimpikan oleh rakyat Sabah menerusi parti Warisan dan sekutu.

Sumber: Borneo Today, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?