Musa Aman Dan Anak Digesa Kosongkan Kerusi Kalau Tidak Berminat Untuk Berkhidmat Kepada Rakyat?


Dikatakan Bekas Ketua Menteri Musa Aman perlu patuh kepada undang-undang dan menghadirkan diri untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga jika tidak ingin kehilangan kerusi berkenaan.

Kerusi yang dimenanginya atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 itu berkemungkinan akan dikosongkan sekiranya Musa tidak mengangkat sumpah dalam tempoh 90 hari dari tarikh Persidangan DUN yang pertama pada 11 Jun, demekian kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dalam isu yang sama,  Yamani Hafez, anak kepada Musa Aman selaku Ahli Parlimen Sipitang  juga digesa mengosongkan kerusi Parlimen itu jika tidak berminat untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan berkenaan.

Dalam gesaannya, Adun Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata sejak PRU14 kira-kira tiga bulan lalu hingga sekarang, Yamani Hafez gagal ‘munculkan diri’ dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat yang memilihnya.

Jadi sia-sialah rakyat yang telah memilih beliau sebagai Ahli Parlimen Sipitang, katanya

Sehubungan itu, beliau berkata Yamani Hafez perlu meletak jawatan bagi memberi laluan kepada rakyat memilih wakil baharu yang dapat mendengar serta membantu menyelesaikan masalah mereka.

Sumber: Borneo Today, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?