Peraturan Baru Penerimaan Kewarganegaraan Bukan 'Projek IC" - Ketua Menteri?


Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal berkata penduduk tempatan di luar bandar Sabah dan Sarawak, masih ramai tidak mempunyai sijil atau dokumen kelahiran walaupun mereka berkelayakan.

Kita tidak mahu mereka dihalau dari negara mereka sendiri.
kita harus memberikan apa yang sepatutnya kepada mereka, katanya.

Walaupun isu-isu IC dan kewarganegaraan di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara Persekutuan, kerajaan negeri juga mempunyai kuasa untuk memberikan kediaman tetap kepada mereka yang layak, kata Shafie.

Dalampada itu, Shafie mengalu-alukan langkah Putrajaya untuk menyelesaikan ketidaktentuan dalam negara, dengan mengatakan Sabah akan memastikan latihan itu tidak membuka pintu bagi satu lagi "Projek IC".

Kerajaan negeri  akan memastikan bahawa 'Project IC' tidak akan berlaku.

Shafie berkata langkah untuk memberikan kewarganegaraan kepada individu yang layak yang memenuhi syarat imigresen negara adalah satu langkah yang baik tetapi perlu mempunyai butiran jelas untuk memastikan ia merangkumi kerumitan komuniti pelbagai generasi dan etnik Sabah.

Beliau juga mengatakan bahawa amalan pemberian kediaman tetap adalah satu amalan di seluruh dunia yang diterima pakai oleh negara-negara maju seperti United State dan United Kingdom untuk manfaat mereka sendiri.
 

Sumber: Borneo Today, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?