Tuaran Di Sana Sini, ‘Di Telan Pahit Di Buang Sayang’?

 
Baru-baru ini saya telah ditemui oleh beberapa orang yang terlibat dalam perlucutan jawatan Pengurusi JKKK dan mereka yang besar kemungkinan juga  akan di tamatkan perkidmatan mereka saperti Ketua kampung,  Wakil Ketua Anak Negeri dan sebagainya, di daerah Tuaran.

Sehubungan dengan kes ini, saya difahamkan bahawa kerajaan negeri baru dalam rangka menyusun semula struktur pentadbiran didaerah-daerah termasuk kampung-kampung dengan melantik mereka yang sehaluan dengan kaedah politik kerajaan gabungan Warisan, PH dan juga UPKO.

Berbalik kepada mereka ynag telah dihentikan dan juga mereka yang mungkin dihentikan perkhidmatan itu merasa terkilan bukan kerana dihentikan atas dasar perbezaan idealogi dan fahaman politik tetapi kerana janji Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Afdal yang pernah berkata tidak akan menzalimi rakyat dikawasan yang tidak dimenengi oleh parti Warisan dan PH.

Selain dari itu, mereka merasakan bahawa mereka tidak dibagi PELUANG KEDUA untuk merubahkan pendirian  dimasa-masa akan datang untuk memehak kepada parti kerajaan baru.

Dalam kes ini mereka merasakan ada lah tidak adil kerana mereka telah bertungkus lumus untuk memenangkan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (DSWMT) sebagai Ahli Parlimen P.170 Tuaran dalam PRU14 yang lalu.

Malangnya, kata mereka DSWMT tidak berusaha mempertahankan kedudukan mereka sapertimana yang mereka lakukan kepada beliau ketika PRU sebelum ini.

Saya nyatakan bahawa DSWMT sudah berubah ideologi politik untuk bersama kerajaan Warisan dan PH sedangkan mereka masih lagi bersekongkong dengan parti pembangkang (UMNO/PBS).

Mereka menjawab bahawa kalau DSWMT mampu merubahkan pendirian politik beliau mengapa mereka tidak dibagi peluang oleh DSWMT sendiri untuk bersama kerajaan baru?

Satu persoalan cepu emas yang susah untuk saya jawab dan huraikan selanjutnya.

Berkemungkinan hanya DSWMT atau pun pemimpinan terkanan beliau sahaja yang mampu menjelaskankan persoalan para pemimpin-pemimpin peringkat kampung tersebut.

Agak sedih, tetapi itu lah kenyataan yang harus diterima oleh mereka yang mencebur diri dalam dunia politik;  Susah diramal resikonya.

Bagaimanapun didoa dengan penuh harapan mereka akan meneruskan sisa-sisa hidup mereka tanpa jawatan sehingga PRU akan datang.

Orang puteh bilang, ‘Whatever it is, life must go on’.

Sumber: Ilham Penulis, Agensi Berita

Comments

  1. Johan Asik Shaah

    Assalamualikum dinakanku Ajin,saya tertarik dengan Cetusan dinakanku hari ini dan juga saya tertarik dengan kenyataan Meredith Weiss ,seorang pakar politik Malaysia,begitu juga Saudaraku Ajin pakar Politik setempat amnya negeri Sabah.

    Meredith Weiss lulusan Universiti Albhny America Syarikat yang menyatakan pembaharuan yang ingin dilaksanakan oleh PH ke atas sistem politik pentadbiran negara masih jauh lagi.

    Jika diamati senario yang berlaku terutama di indonesia,baru saya lawati dan mengadakan pemilihan Presiden akan datang,dan baru sahaja lepas pemilihan dalam Daerah,saya mengikuti perkembangan parti lambang empat jari.

    Senario yang berlaku terutama di Indonesia selepas kejatuhan Presiden Suharto,pembaharuan Indonesia bahau adalah tersasar daripada matlamat asal ,begitu juga Parti Warisan tersasar dari matlamat awal dibentuk.

    Matlamat asal refomasi yang diperjuangkan semasa mennatuhkan Presiden Indonesia,Suharto,,Kndonesia masih kekal seperti siste, yang digunakan semasa pemerintahan Presiden Suharto.Cuma penambahbaikan dilakukan keatas sistem pllitik pentadbiran dan bukannya mengubah kepada satu bentuk impian seperti dikehendak para pejuang refomasi di Indonesia,.

    Di Malaysia,walaupun kemenangan PH menandakan satu harapan rakyat yang ingin melihat perubahan tetapi petubahan yang dimaksudkan masih berkisar kepada sosio pentadbiran dan bukannya sosio politik ekonomi.Maka itu perubahan yang berlaku tidaklah seperti yang yang diutarakan dalam konsep Malaysia Baharu.Disini cadangan Wess adalah kerajaan PH pdrlu mewujudkan satu sistem semak imbang yang lebih demokrasi keatas perjalanan keputusan kerajaannya.Ini amat penting supaya kesilapan kerajaan masa lalu tidak diulangi oleh kerajaan PH hari ini.Akibatnya,boleh membawa kepada ketidakpercayaan keatas kepimpinan PH dalam memimpin kerajaan Baharu.

    Walaupun krrajaan baharu yang dipimpin Tun Mahathir tidak kembali kepada sistem pemerintahan masa lalu,prrlu diingatkan kepimpinan PH hari ini prrlu berilmu dalam menangani elemen elemen pemerintahan yang brrsifat autotarian.Ini bertujuan supaya merealisasikan pendemokrasian yang membawa kepada perubahan yang progresif keatas kehidupan rakyat.

    Kepusatan kuasa keatas seseorang individu dalam membuat keputusan kerajaan perlu diluaskan supaya tidak berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

    Sama ada BN atau PH masih menggunakan fikrah ekonomi Neo Liberalisme.Neo Lineralisme yang diutamakan mengutamakan amalan projek mrga dan kapitalisme atau pasaran modal.Beberapa persoalan timbul antaranya refomasi keatasbekonomi negara.Reformasi terbesar dalamMalaysia baharu mengikut saya adalah reformasi keatas projek mega sebenarnya.Amalan projek mega perlu diteliti supaya tidak menambahkan bebanan hutang negara.Bahkan amalan Neo Liberalisme yang digunakan keatas element negara prrli diprrhalusi.

    Kerajaan PH tidak boleh mengikut jejak langkah kerajaan terdahulu jika benar benar ingin membina Malaysia Baharu.Neo Liberalisme mempunyai implikasi keatas jurang antara kaya dan miskin.Puncanya ialah fikrah ekonomi Neo Liberalisme ini berdasarkan pasaran bebas dan modal.Tampa adanya campur tangan kerajaan,harga barangan tidak akan terkawal dan membawa kepada inflasi.Untuk memaksimumkan kecekapan ekonomi,fikrah neo Liberalisme memcadangkan penswastaaan agensi agensi yang bermasaalah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?