Ala-Tuju Kerajaan Baru Membangun Negeri Sabah Hadapi Pelbagai Gangguan - Siri 2


Saya mengharap akan menulis isu-isu yang positif dan mengembirakan sesiapa saja yang membaca termasuk diri saya sendiri.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini banyak perkara yang merunsing serta mengelirukan telah viral di ruang media alternatif saperti facebook dan juga whatsapp.

Antara kes yang paling hangat di pertikaikan ia lah ;

1) Lantikan presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Hii Chang Lik, seorang peniaga berasal dari  Sarawak .

Perkara ini hangat dipertikaikan konon ia nya mencabar kewibawaan intergriti warga tempatan yang dikatakan mampu menjawat dan menjalankan tugas jawatan tersebut.

Bagaimanapun  Pelantikan Peter Hii Chang Lik ini disifatkan sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) tidak menjadi isu memandangkan beliau mempunyai kebijaksanaan dan kecemerlangan untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk V.K Liew menyifatkan pelantikan itu bertepatan pada masanya dalam usaha kerajaan negeri untuk membangunkan Sandakan kepada sebuah bandar yang lebih maju, indah dan bersih.

2)  Di Tuaran (daerah Saya) warga asing dari Filipina berpusu-pusu menyerbu pejabat Pesuruhjaya Sumpah berdekatan restaurant samudera dan Klinik medsinar untuk mendapat borang-borang  akuan sumpah serta juga pengesahan.

Dalampada itu, beberapa lapuran polis telah dibuat oleh kumpulan dan juga individu warga tempatan yang melihat aktiviti tersebut agak luar biasa kerana sebelum ini ia nya belum pernah berlaku di Tuaran.


Pada hematnya nya ada lah tidak salah kalau satu organisati politik (yang dimandatkan oleh rakyat menerajui kerajaan sekurang-kurang nya selama 5 tahun) untuk memperkenalkan idea baru yang dijangka memberi manafaat yang berkesan kepada semua Agensi dalam Perkhidmatan Awam Negeri.

Bagimanpun untuk mengelakkan pertikaian serta perasaan prasangka berterusan dikalangan rakyat , berhubung dengan isu yang sensitif lagi luar biasa (dalam tahap percubaan atau experiment) saperti lantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan ini dan isu pemutehan Pekerja Asing yang tamat tempoh); Sebaik-baiknya perkara ini terlebih dehulu dibincang terlebih diperingkat kabinet dan juga Dewan Undangan Negeri Sabah (melalui Jawatan kuasa yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat kerajaan dan juga pembangkang).

Keputusan itu nanti di gazette sebagai undang-undang tambahan perkhidmatan awam yang boleh dipraktikkan secara resmi oleh mana-mana jabatan dan agensi kerajaan, bila-bila masa.

Sementara menunggu keputusan jawatan kuasa tersebut, Kerajaan boleh memberi jawatan memangku kepada timbalan yang sedia ada untuk menjalankan tugas harian Jabatan yang berkenaan.


Bagaimanapun dari aspek positif lagi menarik ia lah pengumuman Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony bahawa;

1) Pengarah baru Jabatan Air Sabah , Amarjit Singh walaupun dipertikai perlantikan beliau, dijangka akan membantu pendapatan kerajaan negeri sekurang-kurang nya 1 billion di masa-masa akan datang

2) Dari aspek positif selanjutnya Pembinaan Empangan Papar yang menelan kos RM2 bilion (projek sebagai altenatif kepada Empangan Kaiduan yang mendapat bantahan dari pelbagai pehak) akan di bena dan  dijangka pembinaan empangan tersebut dimulakan pada hujung tahun ini.

Beliau berkata empangan itu bermula di Sungai Papar di Kampung Bisuang, kira-kira 15 kilometer dari jalan utama di laluan lama Papar-Kota Kinabalu.

Dijangka Empangan ini akan membekalkan bekalan air berseh kepada ratusan ribu penduduk di beberapa daerah di Pantai Barat Sabah termasuk Kota Kinabalu; Papar; Penampang; Inanam dan Tuaran.

Dalampada itu dicelah-celah kegahiraan kes ini, belia-belia Sabah yang masih menganggur masih lagi menunggu pengumuan kerajaan peluang mereka bekeraja dalam masa terdekat ini sapertimana yang pernah diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal.


Sumber: Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?