‘Musa Is Back’ ?


Berchanggah dengan spekulasi serta pendapat kebanyakan orang,  bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akhir nya tiba di Sabah pada jam 12:40 Tengah hari Rabu.

Ketibaan Musa di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disambut oleh Lebih 1,000 penyokong sebelum bergerak ke bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Sungai Sibuga.

Musa dilihat keluar dari pintu balai ketibaan lengkap berpakaian sut hitam, bersongkok dan berjambang. 

Musa mengangkat sumpah di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 3.30 petang Rabu.

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, menegaskan beliau bukan seorang pelarian dan tidak pernah terniat untuk lari daripada pihak berkuasa Malaysia.

"Saya berada di luar negara atas sebab-sebab kesihatan serta rawatan rapi yang diperlukan dan ini dibuktikan dengan laporan kesihatan daripada doktor yang merawat saya.


“Perjuangan dan khidmat kepada rakyat serta negeri ini akan tetap diteruskan dengan sedaya upaya saya. Insya-Allah,” katanya selepas mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Sibuga di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, pada hari Rabu lalu.

Musa berkata, beliau kembali ke Sabah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat walaupun berdepan masalah kesihatan dan bertentangan dengan nasihat doktor.

Dalampada itu Musa juga memberi jaminan bahawa beliau bersedia untuk menuntut hak sebagai Ketua Menteri yang dijangka akan dibicara di Mahkamah pada 26 September 2018 akan datang.

Kurang daripada 10 jam Musa Aman pulang ke Sabah, beliau terbang ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan susulan di sebuah hospital swasta di ibu negara. malam tadi.

Sumber: Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?