Tuaran Di Sana Sini 2 - PBS Bertekad Tuntut Kerusi Parlimen P.170 Tuaran Pada PRU15?


Kelmarin atas jemputan Jawatan Kuasa Penganjur, saya berkesempatan menghadiri kongress tahunan Parti PBS Bahagian Tamparuli  bertempat di Pekan Tenghilan (pekan kediaman saya) yang diresmi sendiri oleh Presiden Parti, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Agak mengherankan juga melihat kehadiran penyokong parti tersebut yang agak ramai lagi padat  walaupun parti tersebut bukan lagi memegang tampok kerajaan.

Saperti biasa objektif utama kongress tersebut ada lah bertujuan memilih AJK yang baru bagi sessi tahun 2018-2019.

Tidak banyak perubahan dari struktur AJK keculai parti di  bahagian tersebut mempunyai Ketua Pemuda baru mengganti Ketua Pemuda lama yang telah tamat tempuhnya.

Dalampada itu, saya telah sempat menemuramah Presiden Parti Tan  Sri Joseph Pairin Kitingan dan juga Ketua Bahagian PBS Tamparuli, Yb Datuk Jahid Jahim.

Antara  lain perbualan kami berkisar  kepada hala-tuju  PBS dimasa-masa akan datang.
Saya difahamkan bahawa mereka akan mengemaskinikan lagi struktur organisai parti dengan mengusahakan lagi ramai penyertaan orang-orang muda dan juga muka-muka baru dalam parti itu.

Perbincangan kami bertambah menarik bilamana PBS menyatakan hasrat  serta bertekad untuk menuntut kembali kerusi Parlimen Tuaran dengan mengemukakan  calon baru   bagi  kawasan tersebut.

Kita beri kepada  UPKO atas dasar kerjasama dan setia kawan dalam satu komponen; Namun kini , kawasan parlimen tersebut kita tuntut kembali kerana ia nya kita  punya, kata  PBS.

Bila ditanya siapa dikalangan ahli PBS yang berpotensi mereka cadangkan sebagai calon Parlimen tersebut  ketika PRU nanti, Jahid Jahim mengegaskan bahawa mereka telah mengenalpasti beberapa muka baru yang pasti akan memberi  saingan  sengit kepada calon parti kerajaan nanti.

Apa yang  jelas kata Jahid,  calon ini akan mendapat sokong yang memberansangkan dari segenap  masyarakat Tuaran termasuk pengundi dari  DUN  Sulaman yang majoriti nya terdiri dari suku kaum Bajau.

Bagaimanapun itu hanya  lah sekadar ilham dan cadangan PBS kerana dalam politik apa-apa pun berkemungkinan boleh berlaku, justeru kita  khususnya warga Tuaran pasti nya tidak sabar menunggu  masa tersebut.

Sumber dan suntikan Penulis Blog

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?