APA ADA PADA NAMA?


Nampaknya status Sabah dijadikan Walayah sejak akhir-akhir ini telah menjadi persoalan yang berbentuk berbalahan pendapat dikalangan orang kita sendiri; Bukan dengan orang Sarawak atau pun Malaya.

Bertujuan inginkan Sabah ini ditarafkan sebagai sebuah Wilayah, Negara atau pun kekal sebagai Negeri telah mengundang pelbagai persoalan dikalangan kita; Entah pendapat yangmana satu betul atau disebaliknya susah juga untuk kita pastikan

Persoalan saya, ada kah status pilihan itu akan lebih memberi tingkatan maruah,kebebasan hak sepenuhnya kepada rakyat Sabah dalam usaha menaikkan taraf ekonomi mereka; khususnya rakyat luar bandar yang kurang dalam serba serbi masa kini?

Dengan bermaksud dan sebagai contoh ada kah bilamana Sabah ditukar status nya sebagai Wilayah atau pun Negara( masih dalam gabungan perseketuan Malaysia) ia nya akan bebaskan Sabah dari ancaman luar dan dalam aman; Justeru rakyat nya akan aman dan sejahtera secara total?

Atau isu itu hanya akan mengelirukan rakyat dan juga diri kita sendiri kerana beria2 sangat dilaman fb atau media sosial yang lain dalam menentukan status yang lebih baik untuk Sabah?

Isu menurunkan kadar kemiskinan dan pengangguran dikalangan belia masih belum diselesaikan. Apa yang jelas rancak belaku adalah cadangan memberi kawasan tapak rumah dan cadangan pembinaan rumah mampu milik kepada mereka yang terlibat dalam kebakaran disamping pemberian borang borang IMM13 kepada pelarian asing dari selatan filipina.

Persoalannya, bila kah program membantu belia tempatan untuk mendapat peluang pekerjaan dengan sekaligus mengurangkan gejala kemiskinan di Sabah menjadi realiti? Atau ia nya  hanya sekadar satu harapan yang tidak akan kunjung tiba? 


Dalam kes ini hanya kerajaan Wariasan dan geng yang ada jawapan nya.Dalampada itu,pasti nya rakyat tempatan Sabah tidak sabar menunggu tarikh bersejarah itu.

Sumber:Agensi Berita,Ilham Penulis

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?