Kenyataan ‘Bombastic’ KM Ikthirafkan Sabah Sebagai Wilayah Dalam Malaysia, Di Salah Tafsir?



Tindakan bombastic Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mengiktiraf Sabah sebagai Wilayah nampak nya mendapat pelbagai reaksi yang negatif.

Berpangsikan kepada sejarah, belum ada Ketua Menteri negeri Sabah yang pernah mencadang agar Sabah diiktirafkan sebagai wilayah dalam Gagasan Perseketuan Malaysia.

Mala yang pernah menentang isu ini dari diperbesar-
besarkan dengan luahan kata-kata yang sukar dilupakan;‘Apa mahu review-review’?

Mohd Shafie Afdal berkata bahawa beliau dan Jawatan Kuasa Khas akan bermesyuarat bagi membincangkan untuk memindah Perlembagaan Persekutuan bagi mengiktiraf Sabah sebagai sebuah wilayah.

Mesyuarat pertama ini ada lah untuk mengenal pasti skop semakan dan isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata beliau.

Sabah memerlukan satu sistem efisien bagi memperhalusi pelaksanaan kuasa yang akan diturunkan kepada negeri ini mengikut MA63, kata Mohd Shafie Afdal selanjutnya.

Bagaimanapun beliau membuat kenyataan ini ketika menjawab soalan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (Solidariti-Tambunan) yang bertanyakan bilakah pengiktirafan Sabah sebagai wilayah akan direalisasikan.

Sudutan dari itu banyak yang keliru khususnya mereka yang kurang memahami definasi
wilayah dalam kontek yang tersurat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sehingga ada yang berpendapat kalau Sabah ditukar status sebagai Wilayah maka daerah-daerah di Sabah ini akan ditukar sebagai Mukim dan sebagainya.

Dalampada itu,ada juga yang berpendapat bahawa menukar terma "negeri" kepada "wilayah" untuk Sabah dan Sarawak adalah tidak logik dan tidak masuk akal.

Sudahlah diturun status daripada negara kepada negeri pada 1976, kini dicadang lagi ke status yg lebih rendah "wilayah", sama saperti status Labuan kata mereka.

Sehingga ada yang merasakan bahawa terlalu mewilayahkan Sabah sehingga ia nya sinonim dengan wilayah Sultan Sulu.

Bagaimanapun sebagik-baiknya biarkan Ketua menteri dan Jawatan Kuasa Khas tersebut selesaikan tugas mereka dan seterus nya membincangkankan isu tersebut di Dewan Undangan Negeri untuk mendapat persetujuan atau pun tidak semua ADUN Sabah.

Selepas itu mungkin baru lah kita selaku aktivis professional facebook suarakan pandangan kita, masing-masing.

Sumber: Agensi Berita





Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?