Selepas ketidaktentuan, USNO Baru Akan Mewarna Warnikan Senario Politik Sabah?



Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) Baru yang dikatakan berdepan ketidaktentuan sebelum ini susulan perbalahan dalaman, akhir nya dilancarkan secara rasminya baru-baru ini.

Dengan itu, parti yang ahli nya terdiri dari berbilang kaum itu dijangka akan mewarna-warnikan lagi senario politik negeri Sabah dimasa kini dan dimasa akan datang.

Usno Baru ia lah sebuah daripada 20 parti politik baharu yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 2013.

Semantara itu,Sepuluh daripada 13 ahli jawatankuasa sementara asal parti USNO Baru yang menghadiri mesyuarat Agong tersebut menyaksikan Ibrahim Linggam dipilih sebagai presiden, selepas menewaskan presiden sementara, Dulli Tiaseh.

Ibrahim meraih 8 undi berbanding Dulli yang hanya memperoleh 2 undi.

Ibrahim Linggam selaku Presiden baharu berkata mereka tidak dapat melancarkan Usno Baru pada 2013 kerana terdapat sedikit pertikaian dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi.

Justeru, RoS mengarahkan untuk membekukan segala aktiviti parti buat sementara waktu sehingga masalah itu selesai, katanya.

Dalampada itu Ibrahim berkata, mereka menerima surat daripada RoS baru-baru ini mengarahkan Usno Baru mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM). 

Mengulas berkenaan hala tuju Usno Baru dalam tampuk pemerintahan baru, Ibrahim berkata partinya kini bersifat neutral iaitu tidak menyebelahi kerajaan mahupun pembangkang.

Dengan tertubuh secara rasminya parti tersebut membolehkan mereka untuk memberikan fokus dalam pendaftaran keahlian dan penubuhan bahagian cawangan seluruh negeri, kata Ibrahim. 

“Kami akan mengadakan mesyuarat pada pertengahan Disember bagi membincangkan pergerakan parti pada masa akan datang termasuklah mengumpulkan semula ahli-ahli parti termasuk ahli lama,” jelasnya.

Sumber: FMT, Agensi Berita

Comments

Popular posts from this blog

Pelantikan Pengarah Jabatan Air Sabah Baru Mengundang Pelbagai Persoalan?

Status Kerakyatan Ribuan Kanak-Kanak 5 Tahun Ke Bawah Merunsingkan?

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?