PH Akan Umum Barisan Kerajaan; Tun M Tekad Memulihkan Doktrin Pemisahan Kuasa Jika PH Menang?

Berita minggu ini dipetik sebagai menyatakan bahawa Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berharap Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan barisan kepimpinan dalam kerajaan untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti dalam masa terdekat. Antara lain, PPBM percaya gandingan kepimpinan pemimpin PKR, DAP, Amanah dan PPBM dan pengalaman 22 tahun Dr Mahathir menerajui kerajaan akan meletakkan Malaysia kembali ke landasan yang betul. Dikatakan bakal barisan kepimpinan kerajaan PH, dengan mengambil kira kehendak dan citarasa serta pilihan rakyat. Dalampada itu, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad tekad memulihkan doktrin pemisahan kuasa jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang. Bekas perdana menteri itu, yang pernah dipersalahkan kerana menjejaskan kuasa badan kehakiman, berkata PH akan kembalikan dasar di mana badan eksekutif tidak boleh menguasai badan legislatif dan badan kehakiman, termasuk keneutralan perkhidmatan awam. “Pengasingan kuasa a...