Posts

Showing posts from December, 2017

PH Akan Umum Barisan Kerajaan; Tun M Tekad Memulihkan Doktrin Pemisahan Kuasa Jika PH Menang?

Image
Berita minggu ini dipetik sebagai menyatakan bahawa Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berharap Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan barisan kepimpinan dalam kerajaan untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) nanti dalam masa terdekat. Antara lain, PPBM percaya gandingan kepimpinan pemimpin PKR, DAP, Amanah dan PPBM dan pengalaman 22 tahun Dr Mahathir menerajui kerajaan akan meletakkan Malaysia kembali ke landasan yang betul. Dikatakan bakal barisan kepimpinan kerajaan PH, dengan mengambil kira kehendak dan citarasa serta pilihan rakyat. Dalampada itu, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad tekad memulihkan doktrin pemisahan kuasa jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang. Bekas perdana menteri itu, yang pernah dipersalahkan kerana menjejaskan kuasa badan kehakiman, berkata PH akan kembalikan dasar di mana badan eksekutif tidak boleh menguasai badan legislatif dan badan kehakiman, termasuk keneutralan perkhidmatan awam. “Pengasingan kuasa a

SESB Di Ambang Kebankrapan, Merisaukan?

Image
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (gambar kanan)  baru-baru ini berkata, SESB mengalami kerugian berterusan dan hampir menerima kebankrapan.   TNB memiliki 82.75 peratus dalam SESB, sementara selebihnya dikuasai Kerajaan Negeri Sabah. SESB diswastakan pada 1998 semasa krisis kewangan Asia, selepas Sabah menyerahkan hak penjanaan kuasa negeri kepada Persekutuan pada 1984. Syarikat itu dikatakan menggaji lebih daripada 2,600 kakitangan di seluruh Sabah.   Sejak 2012, sejumlah RM4.2 bilion telah dibelanjakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan operasi SESB, malah TNB dan SESB juga telah membelanjakan bahagian mereka untuk perbelanjaan modal. Untuk tempoh antara 2016 dan 2019, Kerajaan Persekutuan juga memperuntukkan RM2.3 bilion untuk capex dan mengurangkan Indeks Tempoh Purata Gangguan Purata (SAIDI)/ Kerajaan telah memberikan subsidi bahan api dan tarif sebanyak RM1.631 bilion bagi pengguna-pengguna di Sabah dan

PRU14 DiJangka Akan Di Adakan Selepas Tahun Baharu Cina: BN Adakan Mesyuarat Khas Rabu Depan Bincang Senarai Calon?

Image
Mandat kerajaan persekutuan diterajui BN akan berakhir 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh itu. Justeru pasti nya PRU14 yang dinanti-nantikan oleh segenap masyarakat negara ini akan dilansungkan sebelum itu. Pada 26 November lalu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan PRU14 akan diadakan selepas Tahun Baharu Cina yang disambut pada 16 dan 17 Februari depan. Dalampada itu, Berita Harian menghubungi beberapa pemimpin parti komponen BN, termasuk di Sabah dan Sarawak yang mengesahkan mesyuarat itu dijadualkan pada 3 Januari ini dan dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak. Sumber itu berkata, difahamkan mesyuarat khas itu untuk mengemas kini persiapan menghadapi PRU14, terutama memperkukuhkan jentera di peringkat akar umbi dan membincangkan senarai calon. Sumber: FMT, Agensi

Manifesto Kedua PH Untuk Sabah Di Pertikai-Tidak Memenuhi Inspirasi Rakyat?

Image
  Parti Bersatu Sabah (PBS) menggesa pengundi di pedalaman Sabah menolak manifesto terbaru Pakatan Harapan (PH) untuk negeri itu, dengan mendakwa ia hanya dipenuhi janji pilihan raya bagi penduduk luar bandar menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).  Setiausaha Agung PBS, Datuk Johnny Mositun berkata, manifesto “fasa ke-2” memfokuskan kawasan pedalaman yang dilancarkan Pengerusi PH Sabah, Christina Liew di Keningau semalam, terlalu baik untuk direalisasikan.  Katanya, kelakar untuk PH fikir mereka perlu tampil dengan satu lagi manifesto untuk meyakinkan pengundi di Sabah menyokong calon mereka.  Manakala Zainnal Ajamain yang mengetuai NGO Sabah Firstborn Society memperlekehkan manifesto terbaru PH itu kerana ia menunjukkan pimpinan mereka tidak faham pemikiran dan ispirasi rakyat Sabah.  Pakatan Harapan (PH) harus faham rakyat Sabah dan hak mereka bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebelum menyebarkan harapan palsu “Janji Baru”, seolah-olah rakyat mudah terpedaya, kata

Antara Fitnah Atau Kebenaran: Shafie Apdal beli dua Pegawai Daerah Sebagai Calon Parti Warisan?

Image
Dipetik dari artikel keluaran Sabahkini2.Com sebagai menyatakan bahawa dua orang Pegawai Daerah ia  itu  Dr. Hj. Chacho Bin Hj. Bulah, Pegawai Daerah Semporna dan Iman Bin Ali Pegawai Daerah Lahad Datu  telah  bertemu Shafie Apdal secara rahsia   untuk tujuan menjadi calon Warisan pada PRU14 nanti.                                                        Menurut Sabahkini2 mereka mendapat s umber ini dari mereka yang rapat dengan Shafie Apdal yang mendedahkan bahawa Shafie Apdal sedang dalam usaha berunding dengan beberapa pegawai daerah di Pantai Timur Sabah. Konon nya i a susulan dari kebimbangan Shafie Apdal dari kepimpinan sedia yang dahulunya bekas-bekas UMNO kecewa atau parti-parti lain yang kini menyertai Parti Warisan. Beliau bimbang mereka ditolak rakyat. Menurut sumber itu ,  Shafie Apdal terpaksa melakukannya sebagaimana beliau membeli pemimpin politik muda seperti Darrel Leiking Ahli Parlimen Penampang, Junz Wong (Adun Likas) dan Terence Siambun (Adun Moyo