Tuaran Di Sana Sini 2 - PBS Bertekad Tuntut Kerusi Parlimen P.170 Tuaran Pada PRU15?
Kelmarin atas jemputan Jawatan Kuasa Penganjur, saya berkesempatan menghadiri kongress tahunan Parti PBS Bahagian Tamparuli bertempat di Pekan Tenghilan (pekan kediaman saya) yang diresmi sendiri oleh Presiden Parti, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Agak mengherankan juga melihat kehadiran penyokong parti tersebut yang agak ramai lagi padat walaupun parti tersebut bukan lagi memegang tampok kerajaan. Saperti biasa objektif utama kongress tersebut ada lah bertujuan memilih AJK yang baru bagi sessi tahun 2018-2019. Tidak banyak perubahan dari struktur AJK keculai parti di bahagian tersebut mempunyai Ketua Pemuda baru mengganti Ketua Pemuda lama yang telah tamat tempuhnya. Dalampada itu, saya telah sempat menemuramah Presiden Parti Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan juga Ketua Bahagian PBS Tamparuli, Yb Datuk Jahid Jahim. Antara lain perbualan kami berkisar kepada hala-tuju PBS dimasa-masa akan datang. Saya difahamkan bahawa ...