Musa Aman Bukan Pelarian, Cuma Berubat Di UK?
Tan Sri Musa Aman dalam satu kenyataan menafikan beliau melarikan diri, mengatakan beliau meninggalkan negara ini secara sah ke United Kingdom (UK) pada 16 Mei untuk dapatkan rawatan dan atas “alasan peribadi”. Musa berkata laporan baru-baru ini mengatakan beliau meninggalkan Malaysia atau memasuki UK secara haram ada lah tidak betul. “Kesimpulannya adalah saya menjadi pelarian dan sengaja tidak menyerah diri kepada pihak berkuasa bagi penyiasatan berhubung majlis di Istana Negeri pada malam 10 Mei dan dalam perkara berkaitan. “Inilah kebenarannya. Saya percaya sesetengah laporan ini dikesali dengan tujuan untuk memalukan atau mencemarkan nama baik saya dengan alasan politik , ” kata Musa. Musa, yang mendakwa dilantik sebagai ketua menteri Sabah yang sah, berkata bahawa beliau memfailkan tindakan undang-undang terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal atas “tindakan tidak berperlembagaan” oleh kedua-dua ...