Semua ADUN BN,Star DiJangka Tinggalkan Parti, Sertai PBS - Jeffrey Kitingan?
Di petik dari Utusan Online kelmarin sebagai berkata bahawa s emua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (Sta) dijangka meninggalkan parti masing-masing termasuk UMNO untuk memerintah Sabah di bawah parti tempatan. Kenyataan ini di buat oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang baharu dilantik baru-baru ini. Menurut beliau, Pengerusi BN, Tan Sri Musa Aman yang juga Ketua Menteri akan turut berbuat demikian. Walaupun Jeffery tidak menyatakan parti tempatan mana yang akan dipilih, namun spekulasi mengatakan Parti Bersatu Sabah (PBS) akan menjadi platform. Dipandang dari satu sudut tindakan ini pasti nya akan disukai oleh sebilangan rakyat Sabah yang selama ini mendokong ideologi ‘Sabah For Sabah’ khusus nya dari pehak parti STAR dan juga PBS. Namun begitu kita tidak dapat mengesahkan sama ada semua penyokong akar umbi UMNO akan setuju dengan idea ini. Kalau kita imbau ke...