Posts

Showing posts from June, 2018

Akaun Umno Sah Di Beku?

Image
Pasukan Petugas Khas 1MDB hari ini mengesahkan pembekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk Umno serta parti politik lain yang dipercayai terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB. Dalam kenyataannya, pasukan itu berkata antara yang turut dibekukan adalah akaun milik persatuan dan syarikat yang turut terlibat dalam siasatan kes berkenaan.   Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tindakan membekukan akaun yang dilakukan SPRM . Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa mengambil tindakan berlandaskan asas yang ditemui agensi berkenaan dan mempunyai kuasa membekukan akaun Ibu Pejabat Umno Pusat dan Selangor , kata Muhyiddin . Baru-baru ini , Pemangku Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa akaun Ibu Pejabat Umno Pusat dan Selangor dibekukan SPRM manakala akaun Umno Johor juga hampir pasti akan dibekukan SPRM dalam masa terdekat. Sumber: FMT

Kerajaan Di Minta Bantu Tangani Masalah Kekurangan Tenaga Kerja?

Image
Menurut sumber sejak akhir-akhir ini sektor perniagaan kedai makan, kedai kopi dan restoran di seluruh Sabah dikatakan bermasalah kekurangan tenaga kerja. Demekian juga kes nya dengan kekurangan tenaga buruh di sektor perladangan. Dilaporkan bahawa masalah kekurangan buruh ini akan menjejaskan produktiviti dalam sektor perladangan. Dalam hal ini majikan telah menawarkan beberapa insentif melalui peningkatan gaji, kemudahan serta faedah telah disediakan namun masih kurang rakyat tempatan yang mengambil peluang ini, menurut laporan tersebut. Akibat masalah ini, dikatakan kerap kali majikan menggaji tenaga kerja PTI walaupun ia nya menyalahi undang-undang. Justeru Kerajaan negeri Sabah diminta untuk campur tangan menyelesai masalah ini daripada berlanjutan sehingga ketahap kronik Sumber: Agensi Berita

Musa Aman Bukan Pelarian, Cuma Berubat Di UK?

Image
Tan Sri Musa Aman   dalam satu kenyataan menafikan beliau melarikan diri, mengatakan beliau meninggalkan negara ini secara   sah ke United Kingdom (UK)   pada 16 Mei untuk dapatkan rawatan dan atas “alasan peribadi”. Musa berkata laporan baru-baru ini mengatakan beliau meninggalkan Malaysia atau memasuki UK secara haram  ada lah tidak betul. “Kesimpulannya adalah saya menjadi pelarian dan sengaja tidak menyerah diri kepada pihak berkuasa bagi penyiasatan berhubung majlis di Istana Negeri pada malam 10 Mei dan dalam perkara berkaitan. “Inilah kebenarannya. Saya percaya sesetengah laporan ini dikesali dengan tujuan untuk memalukan atau mencemarkan nama baik saya dengan alasan politik , ” kata Musa. Musa, yang mendakwa dilantik sebagai ketua menteri Sabah yang sah, berkata bahawa beliau memfailkan tindakan undang-undang terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal atas “tindakan tidak berperlembagaan” oleh kedua-dua mereka. “Saya t