Posts

Showing posts from May, 2018

Gaji Rendah Antara Sebab Rakyat Memilih Kerja?

Image
Kementerian Sumber manusia kini akan mengambil langkah menangani masalah kekurangan pekerja tempatan yang berminat bekerja dalam beberapa sektor tertentu di negara ini hingga memaksa Malaysia bergantung pada pekerja asing. Menurut menteri nya M Kulasegaran kadar gaji yang rendah dipercayai merupakan antara sebab utama ramai rakyat Malabersikap memilih kerja . Oleh itu, jelas beliau, isu gaji dalam kalangan rakyat negara ini perlu diselesaikan. M Kulasegaran berkata, pekerja tempatan tidak mahu menerima pekerjaaan jika gajinya terlalu rendah dan rakyat tidak boleh diminta membandingkan gaji  mereka dengan gaji warga asing yang bekerja di sini . Dalampada itu, Kulasegaran dilaporkan berkata kerajaan akan mengkaji semula perjanjian pengambilan pekerja asing dengan semua negara terlibat bagi mengurangkan pergantungan Malaysia kepada pekerja asing. Katanya rakyat tempatan perlu diberi keutamaan untuk mendapat pekerjaan. Beliau mengulas perjanjian pengambil

PM Umum 1.6 Pejawat Awam Akan Terima Bonus Raya: Dakwa SPR Telah Menipu Pada PRU14

Image
Berita menarik minggu ini ia lah kerajaan akan memberikan bonus kepada 1.6 juta penjawat awam menjelang perayaan hari raya Aidilfitri tidak lama lagi, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Selain itu, Tun M juga berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menerima banyak aduan salah laku terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-14. Justeru untuk membersihkan nama dan menegakkan integriti SPR (termasuk di Sabah),  Dr Mahathir berkata tindakan akan diambil terhadap SPR dan pengerusinya, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah sekiranya terdapat bukti salah laku. Perdana Menteri mendakwa bahawa partinya menerima beberapa aduan, yang mencadangkan SPR telah cuba mengurangkan peluang Pakatan Harapan untuk memenangi majoriti yang lebih besar dalam beberapa kerusi. Mahathir sebelum ini mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya melambatkan pengumuman keputusan rasmi dengan menolak menandatangani perakuan Borang 14. Kami telah tunggu lama tetapi