Musa Aman Mohon Batalkan Petisyen Persoal Kemenangan PRU14, DUN Sibuga?
Walaupun berada di luar negara Tan Sri Musa Aman masih bergerak bebas sehingga mampu memfailkan permohonan untuk membatalkan petisyen pilihan raya oleh calon Parti Warisan Sabah yang mempersoalkan kemenangan beliau pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Beliau mengarah para peguam beliau agar membatalkan permohonan terhadap petisyen yang difailkan oleh Asmara Abdul Rahman calon Parti Warisan di DUN Sibuga pada PRU14 yang lalu . Rizwandean Bukhari M. Burhan memberitahu Hakim Azhahari Kamal Ramli bahawa Asmara menamakan Musa, Pegawai Pemulangan (RO) Suruhanjaya Pilihan Raya dan SPR sebagai responden pertama, kedua dan ketiga, dalam petisyen yang difailkan pada 18 Jun LALU. Pendengaran Mahkamah Pilihan Raya itu didengar melalui persidangan video dengan hakim dan peguam untuk calon Warisan, Majnah Abdillah dan Zaleha Yusuf Pan di Mahkamah Tinggi di Sandakan . S ementara peguam Musa Aman; Rizwandean, Ridhuan Aklee dan Azhier Farhan Arisin dan juga p...