Posts

Showing posts with the label GST

KM Arah Siasatan Sekiranya Ada Peningkatan Harga Barangan Di Sabah?

Image
Kerajaan negeri me ngarah  pihak berkuasa serta badan pemantau harga barangan di Sabah supaya menyiasat jika masih berlaku peningkatan harga barang di negeri ini meskipun cukai barang dan perkhidmatan (GST) sudah ditetapkan berkadar sifar mulai 1 Jun lepas. Kita minta supaya agensi sedia ada seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang memiliki pegawai penguatkuasa untuk bantu menangani perkara tersebut, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  Beliau berkata arahan itu bagi menangani masalah manipulasi harga barangan dengan terkawal dan segera. Mohd Shafie berkata langkah menghapus GST itu antara janji manifesto kerajaan pusat dan Sabah menyerahkan tindakan lanjut kerajaan pusat bagi menangani isu GST sehingga peringkat negeri. Sementara itu, Mohd Shafie mahu semua menteri kabinet negeri yang dilantik supaya turun padang bagi memastikan keperluan rakyat diketahui. “Jangan lupa dengan rakyat, saya tidak...

Harga Barang, Perkhidmatan Turun Dengan Kadar Sifar GST?

Image
Menurut Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim harga barangan dan perkhidmatan dijangka turun susulan pengumuman kerajaan baru mengenai penetapan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun, 2018 Muhammad Ibrahim berkata penting bagi semua pihak berkuasa berkaitan memastikan perniagaan memberi manfaat kepada rakyat secara meluas. Kemungkinan besar ia tidak akan memberi kesan ke atas inflasi bagaimanapun masih terlalu awal untuk kita menilai (kadar inflasi) ketika ini, kata nya. Mengenai dasar monetari, beliau berkata BNM sentiasa melihat kadar inflasi berasaskan keutamaannya. Muhammad berkata bank pusat juga akan menilai punca tekanan defisit fiskal dan implikasi pelbagai inisiatif selepas kesemua itu diumumkan dan akan menyelaraskan dasar monetari sewajarnya. Selain itu, beliau berkata ringgit kekal stabil walaupun berlaku perubahan kerajaan baru-baru ini, melangkah ke hadapan, ia dijangka terus me...