Posts

Showing posts from July, 2018

Sarawak Akan Mendapat 20% Dari Keuntungan Petronas Tambahan kepada 5 % Royalti Yang Sedia Ujud?

Image
Ketua Pakatan Harapan (PH) Sarawak, Chong Chieng Jen memberi jaminan kepada kerajaan negeri bahawa ia akan menerima 20 peratus daripada keuntungan minyak dari Putrajaya ;   Tambahan kepada royalti 5 peratus yang diperoleh pada masa ini. Beliau menjelaskan bahawa 20 peratus keuntungan keuntungan minyak yang kerajaan persekutuan beri kepada negeri-negeri tidak akan menggantikan perjanjian minyak royalti 5 peratus, yang wujud antara kerajaan negeri dan syarikat minyak dan gas nasional Petronas. "Akhirnya, selepas dua bulan selepas perubahan kerajaan, sekurang-kurangnya ada pendapatan tambahan kepada kerajaan  Sarawak ," katanya. Sumber: Malay Mail, Agensi Berita

Jawatankuasa Khas kaji MA63 Sedia Laporan Dalam 6 Bulan?

Image
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong  berkata, Jawatankuasa Khas Kabinet yang dibentuk bagi mengenalpasti kaedah terbaik memenuhi kehendak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan turut dianggotai pemimpin pembangkang Liew memberitahu pemberita, beliau mahu memastikan jawatankuasa itu bersifat inklusif dan akan menerima pandangan semua pihak. Dikatakan  jawatankuasa tersebut akan dianggotai  mereka yang mempunyai pengetahuan tentang isu ini seperti bekas hakim, ahli akademik, sejarawan dan sebagainya . Liew berharap dapat mengemukakan senarai nama tersebut kepada Kabinet minggu depan, dan menambah, sebaik sahaja jawatankuasa itu dibentuk, ia akan mengambil masa kira-kira 6 bulan untuk menyediakan laporan mereka. Beliau berkata, salah satu isu utama yang akan diperhalusi jawatankuasa itu ialah mengenai Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, yang berikutan pindaan ke atasnya pada 1976, kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi setaraf dengan Pers

Musa Aman Mohon Batalkan Petisyen Persoal Kemenangan PRU14, DUN Sibuga?

Image
Walaupun berada di luar negara Tan Sri Musa Aman masih bergerak bebas sehingga mampu memfailkan permohonan untuk membatalkan petisyen pilihan raya oleh calon Parti Warisan Sabah yang mempersoalkan kemenangan  beliau  pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Beliau mengarah para peguam beliau agar membatalkan permohonan terhadap petisyen yang difailkan oleh Asmara Abdul Rahman  calon Parti Warisan di DUN Sibuga pada PRU14 yang lalu . Rizwandean Bukhari M. Burhan memberitahu Hakim Azhahari Kamal Ramli bahawa Asmara menamakan Musa, Pegawai Pemulangan (RO) Suruhanjaya Pilihan Raya dan SPR sebagai responden pertama, kedua dan ketiga, dalam petisyen yang difailkan pada 18 Jun  LALU. Pendengaran Mahkamah Pilihan Raya itu didengar melalui persidangan video dengan hakim dan peguam untuk calon Warisan, Majnah Abdillah dan Zaleha Yusuf Pan di Mahkamah Tinggi di Sandakan . S ementara peguam  Musa  Aman;  Rizwandean, Ridhuan Aklee dan Azhier Farhan Arisin dan juga peguam bagi RO dan EC, Muammar Julk