PH Mahu Hentikan Pilih Bukan MP Sebagai Speaker Dewan Rakyat?
Tun Dr Mahathir berkata Pakatan Harapan (PH) mahu pemilihan sebagai Speaker dari kalangan wakil rakyat sekiranya PH membentuk kerajaan. Gabungan itu mahu memastikan hanya seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh Ahli Parlimen memegang jawatan speaker Dewan Rakyat . Ini penting kata Tun M demi untuk membebaskan speaker Dewan Rakyat itu daripada pengaruh perdana menteri dan meningkatkan mutu perbahasan. Dalam sistem sedia ada, mana-mana Ahli Parlimen, kecuali seorang menteri atau setiausaha Parlimen, atau orang bukan Ahli Parlimen yang layak boleh dicalonkan ke jawatan itu. Pencalonan mesti diserahkan oleh pihak ketiga yang mesti seorang Ahli Parlimen dan disokong oleh seorang Ahli Parlimen. Dik...