Ala-Tuju Kerajaan Baru Membangun Negeri Sabah Hadapi Pelbagai Gangguan - Siri 2
Saya mengharap akan menulis isu-isu yang positif dan mengembirakan sesiapa saja yang membaca termasuk diri saya sendiri. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini banyak perkara yang merunsing serta mengelirukan telah viral di ruang media alternatif saperti facebook dan juga whatsapp. Antara kes yang paling hangat di pertikaikan ia lah ; 1) Lantikan presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) , Datuk Hii Chang Lik, seorang peniaga berasal dari Sarawak . Perkara ini hangat dipertikaikan konon ia nya mencabar kewibawaan intergriti warga tempatan yang dikatakan mampu menjawat dan menjalankan tugas jawatan tersebut. Bagaimanapun Pelantikan Peter Hii Chang Lik ini disifatkan sebagai Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) tidak menjadi isu memandangkan beliau mempunyai kebijaksanaan dan kecemerlangan untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk V.K Liew menyifatkan pelantikan itu bertepatan ...