Najib DiTahan SPRM, Akhir Nya?
Saperti yang diduga , Datuk Seri Najib Razak Bekas Perdana Menteri terakhir kerajaan BN, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediamannya dekat Langgak Duta kira-kira jam 3 Selasa . Beliau dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok. Menurut sumber mahkamah, Najib akan didakwa atas lebih 10 pertuduhan itu esok di Mahkamah Kuala Lumpur. Pasukan pendakwaan dijangka diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas. Berdasarkan maklumat yang diperoleh setakat ini, Najib akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 2, yang terletak di Aras 4, Sayap kanan, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Difahamkan, kes itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen paling kanan iaitu Datuk Zainal Abidin Kamarudin dan kemudian akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1 di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah. Bekas perdana menteri itu sebelum ini hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua kali bagi merakamkan keterangan berhubun...