Posts

Showing posts with the label rakit redah jeram Kiulu

Jika BN Menang PRU14, PM Mahu Meredah Jeram, Sungei Kiulu

Image
Ini kali lah, bila Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) , Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berikrar akan kembali Kiulu dan mencuba rakit redah jeram, produk pelancongan utama Kiulu . Dalampada itu, Najib berkata beliau kerap melawat Sabah berbanding bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun pemerintahannya. Dr Mahathir tidak peduli orang di sini. Dia tak pernah peduli untuk beri jalan raya yang sangat diperlukan kepada rakyat. Sebaliknya, kerajaan sedia ada tidak sekadar berjanji atau bercakap untuk memburukkan orang lain. Kita bawa pembangunan, bukan sahaja untuk Sabah tetapi ke seluruh Malaysia. Beliau menambah ada banyak perkara yang pembangkang tidak mampu berikan kepada rakyat, seperti mengukur tanah adat. Pembangkang tidak boleh berikan hak rakyat Sabah bawah Perjanjian Malaysia 1963 tetapi Kerajaan BN  sedia menyerahkan hak yang mungkin secara tidak sengaja terambil daripada kerajaan negeri. B elia...